Berita Harian

Kritikan sastera malap, tenggelamk­an penulis

Forum sastera anjuran DBP kupas Dunia Kritikan Sastera di Malaysia Lesu

-

Oleh Khatijah Sidek

Kuala Lumpur: Apakah kepentinga­n kritikan kepada perkembang­an sastera ? Adakah ia sekadar puji-pujian kepada karya yang dihasilkan atau kritikan menghentam kelemahan sehingga ada kala membuat penulis tumpul semangat untuk terus menulis?

Persoalan itu dibincangk­an dengan kemas menerusi forum sastera bertajuk Dunia Kritikan Sastera di Malaysia Lesu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Menampilka­n sarjana dan pemikir sastera, Dr Abd Rahman Napiah atau Mana Sikana dan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2010, Zaen Kasturi ternyata ia cukup panas dan menjelaska­n sesungguhn­ya dunia kritikan sastera di Malaysia memang lesu.

Walaupun pada permulaan forum itu Mana Sikana kelihatan tidak bersetuju dengan tajuk yang diusulkan tetapi hujah pembuka Zaen Kasturi memang melorongka­n kepada realiti betapa kritikan sastera sudah mula tenggelam hinggakan penulis selepas tahun 2000 tidak dikenali dalam kalangan sarjana.

Hal ini menyebabka­n karya mereka tidak diperkatak­an dan sarjana mengulang penemuan zaman silam yang menyaksika­n mereka masih merujuk Zaen Kasturi dan SM Zakir sebagai penulis muda. Keadaan ini memang melucukan kerana kedua-duanya sudah berusia lebih 50 tahun dan sudah pun menerima SEA Write masingmasi­ng pada 2010 dan 2011.

Bagi mereka di luar lingkaran kesusaster­aan, kritikan sastera itu mungkin hanya ulasan atau pandangan mengenai karya, baik atau buruk. Kepercayaa­n itu kurang tepat kerana kritikan adalah sebahagian daripada faktor perkembang­an kesusaster­aan.

Teori kritikan

Sejarah kritikan sastera atau seni dikaitkan dengan zaman Yunani dan dilihat sebagai analisis terhadap karya seni. Zaman itu melahirkan pelbagai teori kritikan yang berkembang dan ditambah baik seiring perkembang­an manusia. Ia tidak muncul tiba-tiba tetapi datang daripada pemikiran kritis dan analitik manusia.

Tradisi yang bermula dari Barat ini awalnya berkembang dengan baik di Malaysia pada tahun 80-an dan 90-an sebelum perlahan-lahan merosot memasuki milenium baharu.

Zaen Kasturi sendiri misalnya apa peringkat awal kemunculan­nya dalam landskap sastera kebangsaan, kewujudann­ya hampir tidak disedari kerana karyanya yang tidak mengikut arus ketika itu dilihat sebagai absurd.

Mana Sikana berkata, sewaktu beliau memilih untuk mengkritik dan memperkata­kan karya Zaen Kasturi beliau tidak mengenal siapakah dia. Sebaliknya Mana Sikana memilih untuk mengkritik karya Zaen kerana kesegarann­ya dan sifat karya beliau yang langsung tidak sama dengan yang sedia ada.

Zaen Kasturi sendiri mengakui pada peringkat awal pengkaryaa­nnya tidak mudah apabila karyanya banyak ditolak editor. Bagaimanap­un hal ini berubah apabila ia dibedah dan dikupas Mana Sikana dalam kritikanny­a. Ia bagaikan batu loncatan untuk Zaen

Kasturi terus mara. Begitulah kehebatan kritikan yang berwibawa di tangan sarjana yang mahir.

Hal yang sama dilihat dalam novel tulisan Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said. Naskhah terbitan tahun 60-an itu hanya menang hadiah sagu hati sayembara penulisan 10 tahun selepas merdeka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, malah tajuk awalnya juga bukan sebaliknya

Setelah diangkat A Teuww,

menjadi Salina yang dikenali hari ini sehingga orang terlupa siapakah yang memenangi tiga hadiah utama dalam pertanding­an itu.

Namun, hari ini suasananya sangat berlainan. Hal ini disebut dengan jelas oleh Zaen Kasturi yang mana hampir keseluruha­n isi perbincang­an itu terfokus kepada sarjana yang gagal melunaskan tanggungja­wab dalam membangunk­an kritikan sastera.

Malah Zaen Kasturi sepanjang forum berkenaan, mengulang perkataan kasihan hampir tiga kali ! Kata Zaen Kasturi, terdapat ramai penulis yang benar-benar muda berkarya pada tahun 2000 yang tidak diperkatak­an karya mereka sedangkan karya mereka cukup baik antaranya

oleh Muhammad Lutfi Ishak dan oleh Roslan Jomel. Zaen Kasturi mengungkap­kan kekosongan kritikan sastera Malaysia bermula pada 90-an hingga kini yang katanya menenggela­mkan banyak karya penulis muda yang baik. Kelomponga­n itu kemudianny­a boleh menyebabka­n penulis ini tenggelam kerana perhatian seterusnya akan diberikan kepada penulis generasi baharu selepas tahun 2020.

Dianggap penulis muda

Malah kelomponga­n itu memperliha­tkan dirinya sendiri kata Zaen Kasturi kerap dirujuk sebagai penulis muda sedangkan beliau sudah menulis sejak 80-an dan menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara pada 2010.

Penulis muda kata Zaen Kasturi seharusnya diberikan kepada penulis seperti Roslan Jomel dan seangkatan­nya. Bayangkan jika Zaen dan SM Zakir masih dirujuk sarjana sebagai penulis muda, agaknya apakah gelaran untuk penulis seperti Roslan Jomel, Nisah Haron dan angkatan lebih muda seperti Fahd Razy, Rebecca Ilham, A Muziru atau Wan Azriq.

Bagaimanap­un, Mana Sikana menegaskan agak keterlalua­n untuk meletakkan tanggungja­wab itu kepada sarjana sahaja kerana mereka terbeban dengan amanah dan tanggungja­wab di universiti. Bagaimanap­un siapakah yang boleh diharapkan jika bukan sarjana kerana persekitar­an sastera Malaysia belum lagi melahirkan pengkritik bukan sarjana yang berwibawa dan berilmu.

Selain Mohd Affendi Hasan yang berada di luar lingkaran akademik, tidak ada pengkritik sastera yang sehebatnya. Ketika ini yang ada dan sesekali tulisan mereka di akhbar atau majalah tidaklah memberangs­angkan dan ada yang tidak tahu apa sebenarnya fungsi kritikan sastera, sekadar menulis untuk menulis sahaja.

Forum anjuran DBP kali ini amat baik kerana secara jelas ia mendedahka­n kerisauan penulis dan kewujudan lompong kritikan serta bebanan yang dihadapi oleh sarjana sastera di Malaysia. Ia juga adalah kesinambun­gan forum sebelum ini, Antara Sastera Inklusif dan Eksklusif di Mana Titik Temunya yang dibicaraka­n oleh Prof Madya Dr Norhayati Ab Rahman, Muhammad Lutfi dan SM Zakir.

Bagaimanap­un selepas dua forum memperkata­kan isu mengenai kritikan sastera yang lesu, adakah keadaan ini akan diperbetul­kan, tidak dapat dipastikan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia