Berita Harian

Menghentik­an kebiasaan perlukan kekuatan diri, niat yang betul

-

Oleh Latifah Arifin

Menjadi insan yang baik bukanlah satu pilihan, tetapi ia kewajipan yang perlu dilaksanak­an secara bersungguh-sungguh kerana Allah SWT.

Mutakhir ini, ramai bertekad menjadi orang yang baik tetapi pada masa sama masih hanyut kerana bertanggap­an sukar dan mustahil untuk berubah.

Akhirnya, ada yang masih tenggelam punca dan hanya berserah kepada takdir semoga dibukakan pintu hidayah untuk kembali kepada jalan yang benar dan diredhai-nya.

Pesanan Saidina Ali Abi Talib RA ketika ditanya beberapa soalan penting oleh seorang lelaki, salah satunya, apakah perkara yang wajib dan lebih wajib.

Saidina Ali menjawab, yang wajib ialah taat kepada Allah SWT dan yang lebih wajib adalah meninggalk­an dosa.

Penceramah bebas, Zul Ramli Mohamed Razali, berkata halangan untuk menjadi orang yang baik banyak bergantung kepada diri kita sendiri.

“Kata Nabi Muhammad SAW, semua anak Adam itu adalah orang yang bersalah atau pendosa, jadi tidak ada seorang pun yang boleh mendabik dada dengan mengakui dirinya suci.

“Bagaimanap­un, wajib bagi setiap manusia untuk bertaubat. Bayangkan, ketika mana kita taat kepada perintah Allah SWT umpamanya melaksanak­an solat berjemaah, imam akan memimpin lafaz istighfar iaitu meminta ampun kepada-nya, jadi apatah lagi dalam keadaan kita melakukan dosa,” katanya ketika dihubungi

baru-baru ini.

Zul Ramli berkata, orang yang mengenal diri akan mampu mengawal perkara di sekeliling­nya yang mungkin boleh mendatangk­an keburukan atau dosa.

“Pertama sekali, kita perlu mengenal diri kerana setiap manusia itu fitrah semulajadi­nya suka kepada perkara kebaikan.

“Disebabkan itu, kebaikan ini menjadi tema bagi satu dunia, sehingga ada orang yang tidak tahu langsung mengenai Islam, tetapi fitrah pada dirinya yang membuatkan dia mula mencari Tuhan,” katanya.

Beliau berkata, persekitar­an di sekeliling kita akan membentuk tabii atau tabiat diri.

“Apabila kita dikeliling­i persekitar­an yang baik, maka ia akan selari dengan fitrah atau dalaman seseorang manusia yang sentiasa sukakan kebaikan.

“Maka, apabila dia contohnya cuba untuk berbuat sesuatu kejahatan, akan terasa seolah ada sesuatu yang hilang, menderita dan terseksa kerana perkara dilakukan itu bertentang­an dengan fitrah diri,” katanya.

Mengulas faktor utama menghalang untuk melakukan perubahan, katanya ia sebenarnya bergantung sifat manusia itu sendiri yang suka mengulang perbuatan yang sama.

“Manusia ini secara semulajadi­nya suka mengulang benda yang sama, itu memang tabiinya. Ini boleh dilihat daripada kecenderun­gan melakukan rutin sehingga menyukarka­n proses untuk berubah.

“Disebabkan itu, proses untuk hijrah ini digambarka­n berada pada tahap sama sebagaiman­a jihad ke jalan Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, memecahkan tabiat yang sudah menjadi darah daging ini memerlukan kekuatan diri dan niat yang betul.

“Dalam proses ini, kita perlu memperbetu­lkan niat bahawa perubahan yang dilakukan itu semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana manusia atau faktor lain.

“Umpamanya, ada isteri yang ingin berubah semata-mata untuk memenangi hati suami berkemungk­inan akan berputus asa dan berpatah balik apabila tidak ada respon atau layanan istimewa diterimany­a.

“Disebabkan itu, niat hanya kerana Allah SWT mesti dipasang, biarlah hijrah kita itu susah, tidak dipeduli atau dinilai baik oleh manusia sekali pun,” katanya.

Zul Ramli turut memberitah­u, dalam proses untuk berubah, kewujudan sistem sokongan yang baik amat diperlukan bagi memastikan hijrah itu tidak terhenti di pertengaha­n jalan.

“Lihat kepada hijrah Nabi Muhammad SAW, Baginda tidak berhijrah seorang diri tetapi ditemani sahabat yang sentiasa menyokongn­ya, Abu Bakar Assiddiq RA.

“Maknanya, kita perlu ada keluarga, rakan dan guru yang berkongsi cita-cita untuk samasama menjadi insan lebih baik. Misalnya, jika kita liat untuk solat, carilah kawan yang menjaga solat dan sentiasa mengajak dan menegur untuk menunaikan ibadat wajib itu,” katanya.

Tambahnya, kesedaran untuk melakukan perubahan yang baik inilah yang dinamakan sebagai hidayah.

“Tercetusny­a kesedaran itu adalah hidayah dan ia boleh berlaku dalam pelbagai situasi, antaranya dipanggil sebagai hidayah intibahah.

“Ia banyak berlaku kepada ramai orang, antaranya apabila kita melihat sesuatu kejadian misalnya rakan baik meninggal dunia, maka kesedaran timbul untuk mula berubah dan ia selalunya berlaku di luar kawalan diri.

“Hidayah yang hadir ini aset cukup berharga. Tanpanya, kita mungkin masih terus melakukan dosa sama berulang kali,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga hidayah diturunkan Allah SWT dalam keadaan kita sudah mula sedar dan perlu mengatur sendiri

Wajib bagi setiap manusia untuk bertaubat. Bayangkan, ketika mana kita taat kepada perintah Allah SWT umpamanya melaksanak­an solat berjemaah, imam akan memimpin lafaz istighfar iaitu meminta ampun kepada-nya, jadi apatah lagi dalam keadaan kita melakukan dosa”

Zul Ramli Mohamed Razali, Penceramah bebas

jalan bagi memudahkan proses perubahan itu.

“Perjuangan perubahan ini akan terus berlaku sehinggala­h nyawa kita diambil Allah SWT.

“Selagi belum sampai ajal, setiap perubahan walaupun kelihatan kecil, ia sebenarnya sangat berharga.

“Jika sukar untuk berubah, kongsikan dengan rakan terdekat tentang niat murni itu. Bukanlah dengan niat riak, tetapi bagi mendapatka­n sokongan dan memastikan ada bersama untuk menegur, menasihati dan berkongsi suka duka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia