Berita Harian

Merungkap sejarah masjid beratap rembia bertikar rumput

-

Melaka: Beratap rumbia dan bertikar rumput antara sejarah awal melingkari sebuah masjid lama di Kampung Belimbing Dalam, dekat Durian Tunggal di sini.

Dipercayai dibina pada zaman kesultanan Melayu Melaka, keadaan masjid itu kini cukup menyayat hati apabila runtuh dan terbiar.

Berdasarka­n maklumat, masjid ini dikatakan dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung dengan melalui pelbagai proses penambahba­ikan dari zaman berzaman.

Uniknya masjid ini, ia memperliha­tkan keunikan senibinany­a yang tersendiri, dengan tiang serinya sebagai contoh disumbangk­an seorang hartawan.

Ciri genting Belanda dan cina yang unik menampilka­n konsep Melayu-nusantara, dengan hiasan berbumbung meru, beratap tumpang berlapis tiga, empat batang tiang seri dan 16 tiang serambi.

Ahli Dewan Negara, Datuk Ismail Ibahim, yang juga penduduk kampung terbabit berkata, kira-kira 20 tahun lalu struktur binaan masjid itu agak baik walaupun tidak sempurna, namun kini hanya tinggal batu dindingyan­g ditelanwak­tu.

Katanya, usaha membaik pulih tidak sempat dilakukan pada waktu itu, tambahan pula masjid baharu yang dibina berhampira­n masjid lama itu kini digunakan penduduk untuk solat lima waktu.

Ismail berkata, berdasar maklumat penduduk dan kajian universiti kira-kira 14 tahun lalu, merumuskan masjid itu seakan Masjid Peringgit yang dibina sekitar 1726, selain Masjid Kampung Hulu (1728) dan Masjid Tengkera (1728) terutama dari segi reka bentuk seperti bumbung dan tiang seri yang dipercayai dibina sekitar tahun berkenaan atau selepasnya.

Ciri tulang perabung atau som masjid berbentuk sebilah keris pada sarungnya, selain mahkota atap atau kubah yang diperbuat campuran simen dan dan batu-batuan serta tanpa menggunaka­n paku menjadikan­nya amat menarik sebelum roboh dan terbiar.

Sehubungan itu, Ismail menyambut baik pandangan pengkaji sejarah bahawa masjid berkenaan antara tertua di Malaysia selepas wujud beberapa bukti kemungkina­n ia dibina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Menurutnya, kesimpulan awal dibuat dua pakar sejarah tamadun Islam dan arkeologi, Pemangku Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Prof Madya Dr Zuliskanda­r Ramli dan Pengasas Maktab Penyelidik­an Tamadun Alam Melayu dan Islam, Hasanuddin Yusof, baru-baru ini yang menganggap ia antara tertua di Malaysia sekiranya terdapat penemuan beberapa bukti awal dan dapat disahkan dengan fakta, antara berita yang amat menarik.

Malah, beberapa bukti penemuan awal yang memungkink­an masjid lama di Kampung Belimbing Dalam itu dibina pada abad ke-15 atau ke-16 Masihi termasuk terdapat blok batu laterit Zaman Kesultanan Melayu Melaka, mungkin antara ciri yang menyokong.

Namun, hakikat sebenar di sebalik sejarah masjid lama itu memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Sementara itu, Imam II di Masjid Imam Muslim di Kampung Belimbing Dalam, Malik Hamdan Ahmad, menyambut baik sebarang usaha membaik pulih ataupun menjadikan masjid lama itu sebagai muzium Islam.

Namun, katanya biar pakar sejarah menentukan kesahihan tahun pembinaann­ya dan apa yang penting, ia boleh dipulihara sebagai mengimarah­kan rumah ibadat itu sebagai bahan sejarah ulung Islam, selain mengimbau sejarah perkembang­an Islam di Malaysia dan rantau nusantara.

Apapun, baginya, kajian pelajar universiti lebih 10 tahun lalu yang mengambil kira pandangan dan pendapat termasuk bekas imam serta pegawai syarak yang kini sudah meninggal dunia, selain Jabatan Muzium dan Antikuiti Melaka, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan agensi kerajaan amat berguna untuk menilai sejarah masjid

berkenaan.

Beratap rembia dan bertikar rumput

 ?? (Foto Nazri Abu Bakar) ?? antara sejarah sebuah masjid lama yang runtuh dan terbiar di Kampung Belimbing Dalam.
(Foto Nazri Abu Bakar) antara sejarah sebuah masjid lama yang runtuh dan terbiar di Kampung Belimbing Dalam.
 ??  ?? Perigi lama yang digunakan untuk mengambil air sembahyang.
Perigi lama yang digunakan untuk mengambil air sembahyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia