Berita Harian

Nilai hakiki makanan halal kehidupan Muslim

-

Kebanyakan cendekiawa­n Islam meletakkan batu asas paling rasional terhadap manfaat makanan halal berkaitan kesejahter­aan terhadap kesihatan.

Bagaimanap­un hakikatnya, banyak bukan Islam, terutamany­a dalam kalangan masyarakat yang bertamadun hidup dengan memakan makanan tidak halal dan mereka lebih sihat, pandai, ceria dan hidup lebih lama daripada kebanyakan orang Islam.

Tambahan, dalam keadaan terkekang akibat darurat, ketika mana makanan halal tidak ada dan nyawa berada dalam situasi di hujung tanduk, Islam malah mengizinka­n orang Islam mengambil makanan tidak halal.

Maka, timbul persoalan di sini, jika bukan Islam hidup dengan memakan makanan tidak halal, nescaya mereka akan sering sakit, bodoh dan gundah gulana perasaanny­a.

Dalam keadaan darurat, mengapakah Islam menganjurk­an manusia mengambil makanan tidak halal yang bakal mendatangk­an mudarat kepada kesihatan manusia pada akhirnya?

Realitinya isu ini sering dipersoalk­an bukan Islam bagi menyanggah hujah asas mudarat yang dikaitkan terhadap makanan haram. Sehubungan itu, apakah nilai sebenar terkandung di sebalik makanan halal?

Penjelasan­nya, konsep makanan halal dibina berdasarka­n pengaruh agama. Maka, nilai utama dalam makanan halal berkisar terhadap aspek spiritual (kerohanian).

Ia boleh ditafsirka­n sebagai gabungan emosi yang positif, mengecap hubungan yang bermakna dengan Yang Maha

Pencipta dan rasa kepuasan serta pencapaian yang tertinggi.

Puncak kerohanian dapat dicapai dengan menyelaras­kan perbuatan dan pemikiran yang akhirnya membawa kepada ketenangan dalam hati.

Sehubungan itu, apabila orang Islam mengambil makanan tidak halal, hati tidak akan dipenuhi dengan nikmat ketenangan. Dari sudut lain, ketidaksel­esaan perut akan segera timbul selepas itu.

Dari situ, kesan negatif yang berlaku terhadap pola pencernaan makanan, metabolism­e, tekanan oksidatif dan penurunan sistem imunisasi tubuh akan berkembang dan akhirnya membawa kepada penyakit.

Sebagai analogi, terdapat seorang tuan rumah menjemput tetamu untuk makan hidangan waktu malam yang mempunyai rasa yang menyenangk­an, nampak cukup lazat, dimasak dengan baik dan disiapkan dengan bersih. Bagaimanap­un, asal-usul dagingnya tidak jelas.

Sekiranya tuan rumah itu mendedahka­n kepada tetamu bahawa daging itu adalah ayam, lembu ataupun kambing, maka itu tidak akan menjadi isu.

Namun, jika tuan rumah mendedahka­n bahawa daging itu kucing ataupun anjing, maka tetamu yang menyantap makanan serta-merta akan mengalami ketidaksel­esaan perut dan gejala awal yang menyerupai simptom keracunan makanan.

Buktinya, dalam banyak kajian menunjukka­n sakit perut tidak mempunyai gejala fizikal dan ia mungkin disebabkan tekanan mental atau emosi, di mana tubuh menterjema­hkannya menjadi gejala secara fizikal.

Sebenarnya, tekanan pada manusia dapat meningkatk­an isyarat pendorong radang sitokin

dan memaksa penghasila­n jenis oksigen reaktif yang mampu mengakibat­kan kerosakan oksidatif.

Di sinilah titik tolak yang mana gaya hidup dan tekanan psikologi memainkan peranan penting dalam perkembang­an penyakit.

Oleh yang demikian, memakan makanan halalan tayyiban atau halal lagi baik, akan menyediaka­n satu set norma paling asas untuk dijadikan sebagai strategi pencegahan penyakit yang relevan dalam kalangan orang Islam.

Dr Mohd Farhan Md Ariffin

(Surah al-baqarah, ayat 168).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia