Berita Harian

Terapung lasak di Sungai Kenerong

Aktiviti berkayak tiub, menyusuri sungai, mendaki bukit, mandi air terjun lengkapkan keseronoka­n

- Oleh Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Ketenangan dan kejernihan Sungai Kenerong, Kuala Krai, Kelantan yang jauh daripada hiruk-pikuk kota ternyata menjadikan­nya lokasi tepat untuk pencinta alam semula jadi menikmati kelainan bagi aktiviti percutian.

Penerokaan­nya secara lebih dekat iaitu melalui aktiviti berkayak tiub atau tubing memang menyeronok­kan kerana dapat bersantai dengan terapung di atas pelampung sambil menikmati pemandanga­n indah sudah pasti berbaloi, walau bagi individu yang kali pertama mencubanya.

Arus yang perlahan dan berganti deras agak menggetark­an adrenalin terutama bagi yang baru ‘berkenalan’ dengan aktiviti ini kerana masih belum dapat menyesuaik­an diri dan mengemudi pelampung gergasi tiub lori terpakai itu.

Aktiviti tubing adalah aktiviti lasak yang baharu di negeri ini. Semakin popular dan digemari ramai sejak ia diperkenal­kan oleh dua beradik dari Kampung Sungai Batu.

Mereka yang juga pemilik sebuah lokasi peranginan, di sini, iaitu Wan Nurul Asifa Wan Abdul Aziz, 26 dan Wan Zonnum Al Masri, 24, juga pada awalnya tidak menduga ia mendapat sambutan di luar jangkaan dalam kalangan pencinta alam semula jadi.

Diperkenal­kan sejak tahun lalu, iaitu beberapa bulan sebelum pembukaan Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, Wan Nurul Asifa yang juga graduan dari Universiti Teknologi MARA (UITM), Puncak Alam menyifatka­n percubaan bersama adiknya itu satu kejayaan kerana secara tidak langsung dapat memperkena­lkan kampung halamannya kepada masyarakat luar.

“Sebelum membuka kawasan riadah ini, kami mengkaji terlebih dahulu apa potensi lain yang boleh didedahkan kepada pengunjung mengenai kawasan ini selain air terjun Jelawang dan aktiviti mendaki Gunung Stong.

“Melihatkan aliran Sungai Kenerong yang terletak tidak jauh dari rumah, kami mula terfikir untuk memperkena­lkan aktiviti tubing yang juga sesuatu yang baharu di negeri ini dan kami mula merencanak­an persediaan.

“Bermula dengan hanya lima tiub lori terpakai, kini sudah mencecah 40 unit termasuk tiub trelar bagi kegunaan pengunjung yang berbadan besar,” katanya.

Lihat pemandanga­n menghijau

Penulis berpeluang merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti tubing di sepanjang 1.7 kilometer yang memakan masa sehingga satu jam setengah bersama rombongan dari Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Kelantan, baru-baru ini.

Pemandanga­n hijau di kiri kanan yang mendamaika­n tiba-tiba terganggu dengan jeritan ahli rombongan yang pelampungn­ya dibawa arus sehingga terperosok ke dalam semak di tebing sungai.

Bagi Wan Zonnum, insiden sebegitu sudah biasa berlaku, namun pengunjung tidak perlu bimbang kerana mereka akan diiringi pemandu pelancong alam semula jadi yang menjaga sepanjang aktiviti itu berjalan.

“Kami mengenakan bayaran RM60 untuk aktiviti ini dan ia boleh dijalankan dengan bilangan minimum tiga orang,” katanya yang juga berkelulus­an Diploma dan Kejurutera­an Mekanikal di UITM Jengka, Pahang.

Jadi tarikan di kampung

Wan Zonnum berkata, selain tubing di Sungai Kenerong, aktiviti lain yang mendapat sambutan menggalakk­an pengunjung yang datang ke kawasan riadah mereka adalah menaiki kenderaan serba rupa bumi atau lebih dikenali all terrain vehicle (ATV).

Dengan bayaran serendah RM50, orang ramai boleh menunggang kenderaan itu melalui pilihan tiga trek berbeza iaitu anak sungai, cerun bukit atau permatang.

“Sebanyak 22 unit ATV yang disediakan dengan kerjasama Koperasi Kampung Jelawang dan kami difahamkan aktiviti ini adalah satu-satunya terdapat di negeri ini sekali gus memang menjadi tarikan pengunjung.

“Di samping itu, satu lagi aktiviti ekstrem yang tidak ramai berani melakukann­ya namun ada peminatnya tersendiri iaitu zipline yang seakan flying fox sejauh 170 meter merentasi sungai,” katanya.

Air Terjun Jelawang tertinggi di Asia Tenggara

Selain itu, percutian pengunjung lebih sempurna kerana banyak tarikan produk pelanconga­n lain di Jelawang. Menyebut kawasan itu ia tidak boleh lari daripada aktiviti mendaki puncak Gunung Stong atau Kem Baha bagi menikmati pemandanga­n ‘awan karpet'.

Paling mengujakan pengunjung pasti terpegun dengan keindahan Air Terjun Jelawang, dinobatkan tertinggi di Asia Tenggara, iaitu setinggi 303 meter dari aras laut dan menariknya di sini, air terjunnya setinggi tujuh tingkat

Tidak dinafikan, Kompleks Gua Ikan, iaitu tarikan utamanya adalah fenomena God Light. Di dalamnya bukit batu kapur yang direntangi oleh anak sungai yang jernih.

Lokasi ini sesuai untuk berkhemah dan rekreasi di samping ‘melayan’ khazanah alam semula jadi yang menyimpan pelbagai sejarah, cerita dan rahsia kejadian alam sejajar dengan usianya sudah berusia lebih 150 juta tahun.

Tidak terhenti di situ, pengunjung boleh meredah Gua Pagar, Gua Gelap dan Gua Keris yang terletak berdekatan antara satu sama lain.

“Atas faktor itu, kami cuba memperbany­akkan lagi aktiviti di kawasan sekitar untuk memanfaatk­an alam semula jadi yang terdapat di sini sekali gus memperkena­lkan Jelawang dan Dabong di mata umum,” katanya.

Kekayaan produk alam semula jadi itu juga menyumbang kepada kehadiran pelancong sama ada domestik atau asing yang bertali arus.

 ??  ??
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Pengunjung melakukan aktiviti ‘tubing’ sambil menikmati pemandanga­n di Sungai Kenerong, Kuala Krai.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Pengunjung melakukan aktiviti ‘tubing’ sambil menikmati pemandanga­n di Sungai Kenerong, Kuala Krai.
 ??  ?? Sebahagian peserta yang menyertai pendakian ke Kem Baha di Dabong, Kuala Krai.
Sebahagian peserta yang menyertai pendakian ke Kem Baha di Dabong, Kuala Krai.
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Fenomena God Light di Gua Keris menjadi tarikan utama di Dabong.
Pemandanga­n ‘awan karpet' di puncak Gunung Stong.
Seorang peserta melakukan aksi zipline di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Fenomena God Light di Gua Keris menjadi tarikan utama di Dabong. Pemandanga­n ‘awan karpet' di puncak Gunung Stong. Seorang peserta melakukan aksi zipline di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park.
 ??  ?? Penginapan konsep The Hobbit berbentuk paip simen yang terdapat di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park di Kampung Sungai Batu, Jelawang.
Penginapan konsep The Hobbit berbentuk paip simen yang terdapat di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park di Kampung Sungai Batu, Jelawang.
 ??  ?? ATV yang disediakan kepada pengunjung meminati aktiviti lasak.
ATV yang disediakan kepada pengunjung meminati aktiviti lasak.
 ??  ?? Pembentuka­n gua batu kapur di Gua Keris, Dabong.
Pembentuka­n gua batu kapur di Gua Keris, Dabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia