Berita Harian

Suasana damai di Sungai Bil

Keindahan alam semula jadi tarikan pelancong

-

Oleh Rosman Shamsudin

Malaysia mempunyai banyak pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi seperti air terjun yang di kelilingi keindahan flora dan fauna.

Rata-rata di semua negeri di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak ada air terjun dan masing-masing mempunyai keistimewa­an dan keunikan tersendiri.

Di Perak, banyak air terjun yang jadi tumpuan pelancong, antaranya Air Terjun Sungai Bil di Slim River, Perak. Kedinginan bayu dan kesejukan air terjun yang mengalir dari kaki Banjaran Titiwangsa ke kawasan rekreasi dan perkelahan Sungai Bil menjadikan kawasan terbabit sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

Malah, keindahan alam semula jadi yang masih terpelihar­a di sekeliling kawasan terbabit menjanjika­n suasana yang aman dan sering kali menjadi sasaran pengembara untuk meneroka sepuasnya.

Ketua Jawatankua­sa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK), Roslan Abd Kahar,61, berkata kawasan ini terletak dalam kampung tradisi yang menjadi tumpuan orang ramai sejak berpuluh tahun dahulu.

Katanya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di

Kawasan

Kawasan

kawasan ini perlu dipulihara dengan baik supaya dapat dinikmati oleh generasi masa akan datang.

“Sungai yang mempunyai banyak jeram berbatu membentuk takat terjun di sepanjang sungai adalah terbentuk daripada fenomena alam semula jadi menyebabka­n kawasan ini mempunyai panorama semula jadi yang menarik.

“Pengunjung tidak dibenarkan mandi-manda di takat terjun berdekatan Stesen Mini Hidro Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan di bahagian atas stesen terbabit demi keselamata­n,” katanya.

Pengunjung yang berkereta dikenakan bayaran RM3 dan motosikal pula hanya RM1 pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Bayaran itu bagi menampung kos penyelenga­raan kemudahan dan kebersihan bagi menjamin keselesaan pengunjung ketika beriadah.

Katanya, bagi mengelakka­n pengunjung mandi-manda atau berkelah di kawasan yang tidak dibenarkan itu, pihak JSPK membuka kawasan baharu di sepanjang sungai bagi mengelakka­n kesesakkan di sepanjang sungai terbabit.

“Sehingga hari ini, air yang mengalir dari kaki Banjaran Titiwangsa itu memang bersih dan jernih serta bebas dalam apa jua bentuk pencemaran.

“Menjadi tanggungja­wab bersama termasuk pengunjung sama ada penduduk tempatan atau luar memelihara dan memulihara keindahan alam semula jadi yang terdapat di kawasan ini,” katanya.

Roslan berkata, pihaknya sentiasa memantau kawasan rekreasi dan perkelahan itu secara berkala bagi memastikan pengunjung mematuhi peraturan ketika mengunjung­i kawasan terbabit.

Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti dewan orang ramai, tempat letak kereta lot, kedai makanan dan minuman dan rumah rehat untuk keselesaan pengunjung. Sekarang, Lata Sungai Bil dikenali di seluruh negeri ini untuk aktiviti peringkat kebangsaan yang diadakan di sini seperti pertanding­an ECO Challange.

 ??  ?? berbongkah batu dekat jeram sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi.
berbongkah batu dekat jeram sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi.
 ??  ?? Rekreasi dan Perkelahan Sungai Bil menjanjika­n suasana alam semula jadi.
Rekreasi dan Perkelahan Sungai Bil menjanjika­n suasana alam semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia