Berita Harian

Mourinho tiada dendam

-

Pengendali Spurs nafi ada perasaan buruk berdepan United

London: Jose Mourinho menolak bahawa dia akan turun dengan misi untuk membalas dendam apabila Tottenham Hotspur bakal berdepan Manchester United di Old Trafford, malam ini, waktu Malaysia.

Satu daripada perlawanan terawalnya dengan Spurs berakhir dengan kekalahan 2-1 di Old Trafford, namun pengendali dari Portugis itu menegaskan dia tidak memiliki ‘sebarang perasaan buruk’ terhadap bekas pasukannya itu.

“Dendam?apa itu dendam? Saya menang banyak perlawanan di Old Trafford sebagai jurulatih United dan juga sebagai

jurulatih pasukan lawan.

“Dendam untuk apa? Tiada yang melayan saya dengan buruk di sana dan semuanya baik dengan saya. Saya tiada musuh di sana. Jadi kenapa perlu berdendam? Ia hanya satu perlawanan yang saya mahu menangi.”

Pada masa sama, Mourinho mengakui anak buahnya tiada alasan untuk menentang United sekalipun ia akan menjadi perlawanan keempat mereka dalam tempoh lapan hari.

Mourinho yang dipecat daripada United dua tahun lalu itu sebelum ini pernah mengadu mengenai kebajikan pemain namun dia kini sudah bersedia untuk aksi terakhir sebelum rehat antarabang­sa.

“Saya sudah biasa dengannya. Ini adalah perlawanan terakhir jadi saya tidak mahu mengeluh. Sudah banyak keluhan saya dengan pelbagai perkara yang berlaku dan saya tahu tiada yang akan bersetuju dengan saya walaupun saya mengatakan mengenai situasi ini.

“Sekarang ada satu lagi perlawanan iaitu menentang United. Tetapi tiada alasan untuk kita. Mereka hanya beraksi satu perlawanan pada minggu ini dan majoriti pemain yang sudah beraksi tidak akan bermain pada perlawanan Ahad nanti.

“Namun saya mahu lupakannny­a. Kita akan ke sana dan akan bincangkan apa yang perlu kita lakukan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia