Berita Harian

Aidil akur beraksi di luar Kedah

-

Aksi Kedah

Alor Setar: Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak sekali lagi berdepan tekanan beraksi di luar selepas perlawanan­an menentang Melaka United yang dijadualka­n di sini, malam esok terpaksa ditunda ke Isnin dan diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Langkah itu dilakukan berikutan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan terus meningkat.

“Kami turut terkejut dengan pengumuman ini kerana apa yang kami faham daerah Kota Setar bukan lagi dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) seperti sebelum ini,” kata Aidil mengulas perkembang­an berkenaan.

“Namun apa boleh buat, kami tetap menerima keputusan ini selepas mendapat arahan. Pun begitu, pemilihan stadium yang jauh di Kuala Lumpur ini jelas memberi kesan dari segi persiapan buat pasukan Kedah.

“Ini memberi kekurangan buat kami yang terpaksa bergerak jauh ke Lembah Klang sekali lagi selepas berbuat demikian ketika menentang pasukan Sabah sebelum ke Kuantan selepas itu,” katanya.

Sebelum ini Kedah terpaksa beraksi kali pertama di luar gelanggang asal iaitu Stadium Darul Aman selepas perlawanan menentang Sabah pada 21 September lalu ditukar ke Cheras susulan Kota Setar diisytihar­kan di bawah PKPD.

Aidil berkata skuadnya yang kini berada pada kedudukan tangga ketiga carta Liga Super sedang fokus dalam perancanga­n memburu tiga mata di laman sendiri.

“Jika dipilih stadium berdekatan Kedah, saya rasa ianya satu pilihan lebih baik memandangk­an kami tuan rumah kali ini. Dengan keputusan itu, kami harus mencongak semula persiapan yang perlu dibuat dalam masa sangat singkat.

“Saya berharap pemain tabah menghadapi ujian ini dan kami akan tetap terus berjuang demi meletakkan Kedah pada kedudukan yang terbaik pada musim ini,” katanya.

 ??  ?? (jersi hijau) ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur minggu lalu.
(jersi hijau) ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia