Berita Harian

Fokus pertahan Piala Malaysia

Mora minta JDT kekal rentak selepas rangkul kejuaraan liga kali ketujuh

- Oleh Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Selepas misi menjuarai Liga Super buat tujuh musim berturut-turut tercapai, pemburuan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini terarah kepada usaha mengekalka­n kejuaraan Piala Malaysia.

Keinginan itu diluahkan pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora yang mahu meneruskan momentum kejayaan pasukan itu dalam saingan domestik sebaik saingan liga musim ini berakhir minggu depan.

“Kami akan teruskan usaha untuk memburu apa jua kejuaraan pada musim ini dan salah satunya adalah mempertaha­nkan kejuaraan Piala Malaysia. Sudah pasti kami akan beri yang terbaik pada saingan itu.

“Walaupun saya akui bakal berdepan tugas rumit, namun dalam saingan kompetitif kita harus sentiasa bersedia untuk menggalas tugas dan tanggungja­wab untuk membawa kejayaan buat JDT,” katanya sambil tidak menolak sasaran untuk mencapai kejayaan pada peringkat antarabang­sa

Walaupun saya akui bakal berdepan tugas rumit, namun dalam saingan kompetitif kita harus sentiasa bersedia untuk menggalas tugas dan tanggungja­wab untuk membawa kejayaan buat JDT.

Pengendali JDT

juga selepas ini.

Mengulas kejayaan JDT merangkul kejuaraan liga untuk tujuh musim berturut-turut, Mora mengakui setiap pemain beremosi ketika menjulang piala berkenaan tanpa kehadiran penyokong yang menjadi pembakar semangat buat barisan pemain.

Katanya, penyokong adalah nadi utama kejayaan sesebuah pasukan kerana penyokong akan sentiasa berada bersama pasukan berbanding pemain dan jurulatih bersilih ganti.

Apapun Mora tidak menafikan aksi menentang skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto tampak sukar selepas pasukan itu mengamalka­n corak permainan bertahan yang menyukarka­n barisan pemain JDT mencipta jaringan.

“Kami kerap melakukan serangan pantas tapi pemain lawan bertindak dengan cara bertahan malah pemain juga sukar menembusi benteng pertahanan lawan. Akibatnya, pemain saya tampak kecewa sepanjang 30 minit babak pertama.

“Selepas jaringan Diogo (Luis Santo), barulah kami mula menguasai perlawanan dan corak pemainan yang lebih agresif di babak kedua. Hasilnya kami menang dan tiga mata yang amat penting itu milik JDT untuk rangkul kejuaraan liga,” kata Mora.

 ??  ?? Benjamin Mora,
Benjamin Mora,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia