Berita Harian

Kami tidur, tak tersusun: Bernhardt

-

Kuala Lumpur: Dua gol pantas dalam tempoh tiga minit di permulaan babak kedua jelas menjadi titik pengubah untuk membantu PJ City meraih kemenangan berharga 4-2 ke atas UITM FC pada aksi di Stadium UITM Shah Alam, kelmarin.

Situasi itu diakui pengendali skuad Phoenix, K Devan yang melihat dua jaringan oleh R Barathkuma­r dan Anawin Jujeen membuka laluan untuk mereka kembali mendapatka­n rentak selepas ketinggala­n 1-0 di penghujung babak pertama.

Malah, beberapa perubahan taktikal yang dilakukan Devan selepas rehat jelas membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengutip tiga mata berharga yang pasti membantu mereka untuk terus kekal bersaing dalam Liga Super, musim depan.

“Di bilik persalinan, saya beritahu pemain yang kita masih ada 45 minit. Dengan pertukaran yang dilakukan, kita beroleh dua gol pantas yang memberi keyakinan kepada pemain supaya dapat terus beraksi dengan baik berbanding separuh masa pertama.

“Bahagian tengah kita agak bergelut pada babak pertama dan bahagian bawah juga kurang selesa. Sebab itu saya membuat pertukaran dan hasilnya, serangan kita menjadi begitu berkesan.

“Kita menjaringk­an empat gol buat kali pertama pada musim ini dan ini satu kemenangan yang baik di tempat lawan yang mana kita begitu memerlukan tiga mata ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali UITM FC, Frank Bernhardt menyifatka­n anak buahnya seakanakan hilang punca pada permulaan babak kedua dan situasi itu mengundang padah apabila mereka dibolosi dua gol pantas yang jelas merencatka­n rentak mereka.

“Kita mendahului 1-0 pada babak pertama tetapi di babak kedua, kita tidur dan tidak tersusun. Saya tidak tahu apa yang terjadi tetapi kita dibolosi dua gol dan situasi itu memberi kesukaran kepada kami.

“Walaupun kita merapatkan jurang pada kedudukan 3-2 tetapi pemain nampak kurang keyakinan dan membuat kesilapan ketika bertahan sehingga membolehka­n lawan mendapat gol keempat. Ketika itu, perlawanan sudahpun berakhir,” katanya.

Frank Bernhardt

 ?? (Foto ihsan Penang FA) ?? Pulau Pinang dinobatkan sebagai juara Liga Perdana bagi musim ini.
(Foto ihsan Penang FA) Pulau Pinang dinobatkan sebagai juara Liga Perdana bagi musim ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia