Berita Harian

Russia, Turki risau krisis meruncing

-

Moscow: Presiden Russia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri, Armenia, Nikol Pashinyan, bimbang konflik Nagorno Karabakh akan bertambah buruk dengan kehadiran kumpulan haram bersenjata di wilayah itu.

Kremlin, dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pemimpin dalam perbualan telefon kelmarin, menyuaraka­n kebimbanga­n berhubung pembabitan kumpulan haram bersenjata dari Asia Barat dalam konflik itu.

Sehubungan itu, Putin mengulangi pendirian mengenai keperluan menghentik­an segera permusuhan dan meneruskan usaha politik serta diplomatik bagi menyelesai­kan konflik itu.

Pendekatan itu sejajar dengan kenyataan Presiden Pertubuhan Kerjasama dan Keselamata­n Eropah (OSCE) selaku pengerusi bersama kumpulan Minsk.

Menurut kenyataan itu lagi, persetujua­n turut dicapai untuk meneruskan hubungan dalam pelbagai format, lapor agensi berita Xinhua.

Khamis lalu, Putin; Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mewakili negara pengerusi bersama kumpulan Minsk, menggesa konflik bersenjata di wilayah Nagorno Karabakh dihentikan.

Pertempura­n ‘pusingan pertama’ berlaku pagi Ahad minggu lalu, di sepanjang sempadan wilayah Nagorno Karabakh yang dipertikai­kan Armenia dan Azerbaijan.

Dalam pada itu, Menteri Luar

Turki, Mevlut Cavusoglu dan rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Jeyhun Bayramov, kelmarin turut mengadakan perbincang­an melalui telefon berhubung konflik di Hulu Karabakh yang dikuasai Armenia.

Parlimen Azerbaijan mengisytih­arkan perang di beberapa bandar dan wilayahnya berikutan pelanggara­n sempadan Armenia dan serangan di Hulu Karabakh, yang juga dikenali sebagai Nagorno Karabakh.

 ?? (Foto AFP) ?? Protes konflik antara Azerbaijan dan Armenia mengenai Nagorno Karabakh dan sokongan Turki untuk Azerbaijan di hadapan kediaman Duta Besar Turki di Washington, kelmarin.
(Foto AFP) Protes konflik antara Azerbaijan dan Armenia mengenai Nagorno Karabakh dan sokongan Turki untuk Azerbaijan di hadapan kediaman Duta Besar Turki di Washington, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia