Berita Harian

Pembiayaan mikro lonjak PKS

- Penulis ialah Pensyarah Kanan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UITM) Pasir Gudang

Sumber kredit ataupun bantuan modal adalah masalah utama bagi majoriti usahawan kecil dan sederhana untuk menjalanka­n aktiviti perniagaan. Kebanyakan usahawan kecil gagal mendapatka­n bantuan modal kerana syarat ketat dikenakan institusi pemberi kredit.

Menyedari kekangan lazimnya dihadapi usahawan mikro, perubahan demi perubahan direncanak­an bagi membentuk asas ekosistem pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang inklusif.

Di Malaysia, institusi pemberi kredit boleh dikategori­kan kepada institusi perbankan dan bukan perbankan. Kedua-duanya menyediaka­n bantuan modal bagi usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam skala kecil.

Institusi pertama menawarkan kemudahan kredit mikro adalah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Ia ditubuhkan pada 1988 untuk memberi pinjaman khususnya kepada golongan berpendapa­tan rendah atau mereka yang tidak dapat memenuhi syarat ketat ditawarkan institusi perbankan.

Yayasan Usaha Maju (YUM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) turut menyusul pada 1988 dan 1998 bagi menawarkan kemudahan kredit mikro.

Signifikan­nya kini, AIM dan TEKUN lebih mendominas­i pasaran kredit mikro institusi bukan perbankan di Malaysia dengan meningkatn­ya cawangan masing-masing hampir di setiap negeri dan menawarkan kemudahan kredit bermula RM500 hingga RM50,000.

Dengan perkembang­an positif kemudahan kredit mikro ini dan kepentinga­nnya dalam pertumbuha­n ekonomi, bermula 2006 kerajaan bekerjasam­a dengan Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakk­an lebih banyak institusi kewangan dalam penawaran produk kredit mikro dan dijenamaka­n sebagai Skim Pembiayaan Mikro (SPM).

SPM merujuk pembiayaan perniagaan kecil-kecilan dengan jumlah ditawarkan antara RM1,000 hingga RM50,000 bagi usahawan mikro. Pembiayaan bagi tujuan perniagaan saja seperti membiayai modal pusingan dan pembelian aset tetap, bukan untuk tujuan pembiayaan peribadi.

Sehingga kini, skim ini boleh didapati di tiga institusi kewangan pembanguna­n iaitu Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (BSN), selain lapan institusi perbankan.

Semua lapan institusi perbankan ini mempamerka­n logo pembiayaan mikro di cawangan dan wakil atau ejen institusi kewangan peserta skim serta bertindak sebagai pelengkap ekosistem pembiayaan mikro sedia ada yang ditawarkan AIM, TEKUN dan YUM.

Kredit mikro membawa maksud sama dengan ‘pembiayaan mikro’ atau skim pembiayaan mikro.

Tujuan pemberian kredit disasarkan kepada usahawan mikro, namun sedikit berbeza daripada institusi menawarkan kemudahan ini. Syarat dikenakan mengikut jenis produk ditawarkan juga sejajar isu pandemik yang melanda kini.

Dengan perkembang­an trend perniagaan dan perubahan struktur ekonomi sejak 2005, satu garis panduan definisi baharu PKS dikeluarka­n dan diguna pakai secara rasmi bermula 1 Januari 2014 oleh SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp).

Definisi baharu PKS ini merujuk sesebuah perniagaan diklasifik­asikan PKS jika memenuhi semua tiga syarat berkaitan iaitu kriteria kelayakan, jenis penubuhan dan struktur pemegang saham.

Skim pembiayaan mikro untuk PKS sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa. Tadbir urusnya juga direncanak­an komprehens­if daripada perspektif institusi dan agensi pelaksana sehinggala­h definisi baharu PKS turut diteliti.

Setiap perubahan dilakukan untuk memastikan semua pihak berkepenti­ngan yang melaksanak­an inisiatif PKS ini terbabit secara inklusif dalam rangka kerja holistik disediakan. Untuk tujuan ini, SME Corp bertindak sebagai agensi penyelaras pusat bagi dasar dan program PKS merentasi kementeria­n dan agensi berkaitan, selain berfungsi sebagai pusat rujukan maklumat serta khidmat nasihat.

Kemampanan skim pembiayaan mikro ditambah nilai dengan jaminan Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia (CGC) sebagai penyedia jaminan kedit bagi membantu PKS yang tidak mempunyai cagaran mencukupi atau tiada sebarang cagaran mahupun rekod prestasi untuk memperoleh akses kredit bagi memulakan perniagaan.

Skim pembiayaan mikro ini menyediaka­n pelbagai produk, maklumat, rujukan dan khidmat nasihat merentasi pelbagai kementeria­n dan agensi sehingga kini bagi memenuhi keperluan PKS. Bertindak dan rebutlah peluang disediakan dengan bijak demi peningkata­n taraf hidup sendiri dan keluarga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia