Berita Harian

KKM perlu ramai sukarelawa­n ke Sabah

Bantu negara hadapi gelombang ketiga penularan pandemik

- Oleh Rafidah Mat Ruzki, Ahmad Suhael Adnan dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan lebih ramai petugas perubatan dan kesihatan menawarkan diri sebagai sukarelawa­n untuk dihantar ke Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu bagi membantu menangani lonjakan kes COVID-19 di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini seramai 475 petugas kesihatan pelbagai kategori dan skim perkhidmat­an sudah dikerahkan ke empat kawasan terbabit.

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) merayu lebih ramai petugas perubatan dan kesihatan, tampil menawarkan diri sebagai sukarelawa­n, untuk membantu usaha menangani gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19, yang sedang melanda negara ketika ini.

Tumpuan utama keperluan sukarelawa­n dan petugas perubatan serta kesihatan ketika ini adalah di Sabah, yang menjadi zon merah pandemik itu dengan kumulatif kes kini mencapai 4,330 kes termasuk 488 kes direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata antara keperluan ketika ini adalah mengerahka­n petugas kesihatan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah bagi membantu menangani lonjakan kes COVID-19 di sana.

Setakat ini, katanya, seramai 475 petugas kesihatan pelbagai kategori dan skim perkhidmat­an sudah dikerahkan ke empat kawasan itu dan mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah dilakukan sejak awal peningkata­n bilangan kes COVID-19 di negeri itu.

“KKM ingin meminta sekali lagi pembabitan lebih banyak sukarelawa­n perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID-19.

“Secara keseluruha­nnya, penyelaras­an mobilisasi Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan ke Sabah dijalankan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (emel: mobilisasi­19@gmail.com, cprc@moh.gov.my).

“Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan di Sabah, selain kelangsung­an perkhidmat­an kesihatan di sana,” katanya.

Setakat Khamis lalu, seramai 249 anggota bahagian perubatan dan 48 anggota bahagian kesihatan awam digerakkan secara dalaman di Sabah, manakala 130 anggota bahagian perubatan dan 48 anggota bahagian kesihatan awam pula digerakkan dari negeri lain ke Sabah.

Semalam, tujuh lagi jururawat daripada beberapa hospital di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, digerakkan ke Hospital Tawau, Sabah, kelmarin.

Selain itu, lima lagi penolong pegawai perubatan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) dihantar ke Hospital Tawau untuk tugasan sama.

“Semua petugas barisan hadapan ini bersiap-sedia menjalanka­n tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) akan dilaksanak­an terhadap dua lokaliti di Lahad Datu iaitu Taman Khazanah Indah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Mutiara Kasih, bermula tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.

Katanya, keputusan itu dibuat oleh Sidang Khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) semalam selepas mendengar laporan daripada Majlis Keselamata­n Negeri (MKN) Sabah.

Selain PKPD terhadap dua lokaliti itu, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanak­an di Kuala Belud, susulan peningkata­n kes di daerah itu.

PKPB Kota Belud juga akan dilaksanak­an bermula tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.

Beliau berkata, PKPD di Tanam Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih akan membabitka­n seramai 5,452 penduduk dan kesemua mereka dikehendak­i mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Semua penduduk di kawasan terbabit tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.

“Oleh kerana mereka tidak dibenarkan keluar rumah, bekalan keperluan makanan akan dihantar oleh kerajaan Sabah dan dikoordina­si Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

“Semua laluan masuk akan ditutup tetapi bagi kes kecemasan seperti sakit atau kematian, mereka boleh meminta kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya, semalam.

KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terbabit dengan perintah itu.

Kawalan akan dilaksanak­an PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa.

Mengenai PKPB di Kota Belud, Ismail Sabri berkata, pelaksanaa­nnya bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah berkenaan serta membolehka­n aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanak­an sepanjang tempoh 14 hari.

KKM ingin meminta sekali lagi pembabitan lebih banyak sukarelawa­n perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM menangani gelombang ketiga COVID-19.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia