Berita Harian

304 lagi sekolah di Selangor, Perak ditutup hari ini, 298 daripadany­a di Petaling

KPM pantau situasi seluruh negara, penjaduala­n semula ujian percubaan SPM

- Oleh Mohd Farid Noh, Zahratulha­yat Mat Arif, Safuri Kamaruddin, Erika George bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 304 sekolah di Selangor dan Perak ditutup bermula hari ini dengan 298 terletak di Zon Merah daerah Petaling, enam di Larut Matang Selama (LMS), manakala dua sekolah di Masai, Johor dan masing-masing satu di Baling, Kedah dan Bintulu, Sarawak ditutup sejak semalam.

Penutupan itu menjadikan jumlah sekolah yang diarah tutup setakat ini adalah 1,997 merangkumi 11 Zon Merah di Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Putatan, Penampang,

Sandakan, Tuaran, Papar, Kota Belud, Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu serta 142 di Klang.

Semalam, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataann­ya menyebut, 298 sekolah di zon merah di daerah Petaling, diarah tutup bermula hari ini sehingga 25 Oktober, merangkumi semua sekolah rendah dan menengah serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

“Bagi sekolah yang sedang melaksanak­an peperiksaa­n percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penjaduala­n semula ujian itu boleh dibuat ke tarikh yang bersesuaia­n.

“Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasam­a rapat dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan KKM,” katanya.

Di Ipoh, enam sekolah di daerah LMS ditutup seminggu bermula hari ini susulan kes positif COVID-19 membabitka­n kakitangan sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pembanguna­n Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil

Perak, Razman Zakaria, berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

Razman berkata, penutupan enam sekolah itu selari dengan arahan MKN sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangk­an risiko penularan wabak.

“Langkah ini perlu diambil bagi mengelakka­n perkara tidak diingini, apatah lagi kedudukan enam sekolah itu hampir dengan kawasan pusat tahanan perlindung­an di Taiping yang mempunyai rekod jangkitan COVID-19,” katanya ketika dihubungi.

“Kita akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa selain meminta warga sekolah segera melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing sekiranya berlaku penularan COVID-19,” katanya.

Di Baling, sebuah lagi sekolah di Baling ditutup sejak petang semalam, menjadikan empat sekolah di Kedah ditutup setakat ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama,

Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad, berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor ditutup sehingga 17 Oktober berdasarka­n surat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah kepada pentadbira­n sekolah berkenaan, semalam.

“Selain SMK Bongor, tiga lagi sekolah yang ditutup adalah SMK Baling, SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena,” katanya ketika dihubungi.

Najmi berkata, semua pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana menjalani kuarantin di rumah berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Difahamkan penutupan itu dibuat susulan seorang pelajarnya adalah kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19.

Di Masai, Johor, SK Masai dan Sekolah Agama As-syakirin juga ditutup seminggu bermula semalam. Berdasarka­n surat rasmi yang dikeluarka­n kedua-dua sekolah, penutupan itu dibuat susulan pengesanan kes positif di SK Masai.

Dalam kenyataan rasmi SK Masai, kes positif itu dikesan pada 9 Oktober dan sekolah itu ditutup sehingga 17 Oktober.

Susulan penutupan SK Masai itu, pihak Sekolah Agama As-syakirin Masai turut mengambil langkah sama bagi mencegah penularan pandemik COVID-19. Untuk rekod, kebanyakan pelajar SK Masai juga mengikuti menuntut di Sekolah Agama As-syakirin.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddi­n Saari ketika dihubungi mengesahka­n penutupan sekolah SK Masai selama seminggu selepas diarahkan KPM.

Di Bintulu, Sarawak, SMK Bandar Bintulu diarah tutup sejak semalam berikutan seorang pelajar Tingkatan Lima berkenaan disahkan positif COVID-19.

Pelajar itu adalah anak kepada kes positif daripada Kluster Taman Putrajaya yang dikesan di Daerah Bintulu.

Pihak pengurusan sekolah terbabit ketika dihubungi BH mengesahka­n menerima surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mengarahka­n sekolah terbabit ditutup sehingga 16 Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia