Berita Harian

Risiko dinding retak, bumbung runtuh guna buruh asing ubah suai rumah

Kehadiran warga asing dikhuatiri wujud lambakan buruh tidak mahir

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kehadiran warga asing, khususnya Bangladesh dan etnik Rohingya, dikhuatiri menjadi punca lambakan pekerja tidak mahir sektor pembinaan dan kontraktor negara ini, pada masa akan datang.

Situasi sama pernah berlaku di Malaysia suatu ketika dahulu ketika pengambila­n ramai pekerja Indonesia dalam sektor berkenaan sehingga mengakibat­kan masalah pendatang tanpa izin (PATI) masih belum selesai hingga kini.

Lebih membimbang­kan, situasi itu dijangka berulang kerana rakyat Bangladesh yang sebelum ini dibawa masuk untuk sektor perladanga­n (hanya secara antara kerajaan dan kerajaan atau G2G) dilihat sudah memasuki sektor pembinaan negara.

Turut menjengah ke dalam sektor ini adalah rakyat Rohingya yang dikesan diupah bagi membantu kontraktor dengan upah rendah.

Hasil siasatan BH, ketika ini warga asing berada dalam sektor itu sebagai pekerja rencam sahaja dan biasanya diupah oleh kontraktor kecil atau pemegang Kelas F.

Malah, difahamkan ketika ini kemahiran yang ada pada warga Bangladesh dan etnik Rohinga masih terhad dan tidak sebaik warga Indonesia, namun sedikit sebanyak ia mempengaru­hi pengambila­n warga negara ini disebabkan upah yang murah.

Warga asing itu belum mempunyai kelompok yang besar seperti warga Indonesia, namun mereka bijak mencari peluang dengan bermula dari kerja ringan seperti melakukan kerja mengecat dan menyimen bangunan.

Berbanding warga Indonesia, pembabitan warga Bangladesh dalam industri pembinaan dan kontraktor negara tidak dibolehkan kerana mereka ini dibawa masuk sebagai pekerja perladanga­n, oleh itu kehadiran mereka dalam sektor ini menimbulka­n persoalan adakah mereka ini tinggal lebih masa atau melarikan diri dari kawasan perladanga­n.

Sementara itu, Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengakui, mengesan kewujudan warga Bangladesh yang melanggar Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan mula memasuki sektor pembinaan sejak kebelakang­an ini.

Kata agensi itu, warga asing juga menjadi dalang dalam kehadiran kelompok itu apabila mereka dikesan menjadi ejen untuk membekalka­n pekerja Bangladesh kepada kontraktor tempatan.

“CIDB mengesan perkara ini berlaku kerana warga asing ini akan mengambil kesempatan untuk memberikan perkhidmat­an sebagai ‘sub-labour’ atau ejen kepada kontraktor kecil yang sememangny­a mencari pekerja dengan upah yang murah,” katanya kepada

BH.

CIDB menjelaska­n, punca utama situasi itu berlaku disebabkan permintaan tinggi daripada pelanggan (warga tempatan) yang hanya mahu mendapatka­n perkhidmat­an yang murah atau bayaran rendah sehingga ia diambil kesempatan oleh warga asing yang sentiasa mencari peluang di Malaysia.

Mengikut CIDB, adalah menjadi kesalahan bagi pekerja Bangladesh yang berkhidmat dalam sektor yang bukan ditetapkan dalam Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) mereka.

“Sekiranya mereka dibawa masuk untuk berkhidmat dalam sektor lain contohnya perladanga­n, tetapi bekerja dalam sektor pembinaan, perbuatan itu melanggar peraturan dalam PLKS mereka.

“Sekiranya mereka didapati bekerja di tapak pembinaan tanpa PLKS yang sah untuk sektor pembinaan, CIDB akan mengambil tindakan dan melaporkan­nya kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN),” kata CIDB.

Malah, CIDB menegaskan, kontraktor yang didapati terbabit mengupah warga asing tanpa PLKS yang sah juga akan dikenakan tindakan.

“Kami sentiasa menggiatka­n aktiviti penguatkua­saan secara berterusan dan kontraktor yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas.

Sekiranya mereka didapati bekerja di tapak pembinaan tanpa Permit Lawatan Kerja Sementara yang sah untuk sektor pembinaan, CIDB akan mengambil tindakan dan melaporkan­nya kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Kenyataan CIDB

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Lambakan pekerja asing Bangladesh dan etnik Rohingya berpunca daripada sikap pelanggan warga tempatan yang mahu perkhidmat­an murah.
Lambakan pekerja asing Bangladesh dan etnik Rohingya berpunca daripada sikap pelanggan warga tempatan yang mahu perkhidmat­an murah.
 ?? (Foto Hazreen Mohamad /BH) ?? Pekerja warga Bangladesh dikesan melanggar permit Lawatan Kerja Sementara apabila memasuki sektor pembinaan.
(Foto Hazreen Mohamad /BH) Pekerja warga Bangladesh dikesan melanggar permit Lawatan Kerja Sementara apabila memasuki sektor pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia