Berita Harian

KL, Beijing bincang status vaksin

Menteri Luar China dijadual tiba dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Status vaksin COVID-19 dihasilkan oleh China antara perkara yang dijangka dibincangk­an Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dengan rakan sejawatann­ya, dari negara itu, Wang Yi pada lawatan dua hari pemimpin itu, ke Malaysia, hari ini dan esok.

Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan, berkata pertemuan Hishammudd­in dengan Wang Yi yang juga Penasihat Negara China juga dijangka membincang­kan kolaborasi pasca-wabak, terutama dalam pemulihan kelestaria­n ekonomi negara serta berusaha mengukuhka­n lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu menyebut, kedua-dua pemimpin itu juga akan menyentuh mengenai isu semasa membabitka­n kepentinga­n bersama pada peringkat serantau dan antarabang­sa.

“Lawatan Wang Yi akan dilaksanak­an dengan mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Ia juga akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) diluluskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaa­n

Perintah Kawalan Pergerakan, pada 1 dan 3 Oktober 2020 yang juga diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamata­n, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, berdasarka­n kepada SOP itu, semua ahli delegasi China dipastikan mengemukak­an bukti saringan negatif COVID-19 tiga hari sebelum tiba di Malaysia.

Mereka juga perlu menjalani ujian saringan calitan kedua sebaik tiba di lapangan terbang Malaysia.

Delegasi akan diiringi dari lapangan terbang ke hotel, seterusnya ke tempat acara dan ke lapangan terbang semula untuk pulang ke China, manakala kehadiran delegasi hanya dibenarkan dengan kapal terbang persendiri­an.

Kenyataan sama juga menyebut, lawatan rasmi terakhir oleh Wang Yi ke Malaysia adalah pada 2018.

Selain mengeratka­n lagi hubungan dua hala, pertemuan kedua-dua Menteri Luar ini akan turut memastikan Malaysia dan China sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan di sebalik penularan COVID-19 dan terus bekerjasam­a demi kepentinga­n sejagat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia