Berita Harian

Johor bentang pelan buka segera sempadan Singapura

-

Johor Bahru: Kerajaan negeri akan membentang­kan pelan khusus mengenai keperluan membuka segera sempadan Malaysia-singapura membabitka­n laluan Tambak Johor dan Linkedua, kepada kerajaan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata pembentang­an pada 19 Oktober ini, bukan sahaja menyentuh keperluan membuka semula sempadan, malah melihat pelbagai sudut termasuk mereka yang bekerja, kesan terhadap pelaburan di Johor serta mereka yang berhasrat untuk melabur di Johor.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Pusat perlu segera membuat keputusan berhubung pembukaan semula sempadan di kedua-dua laluan itu.

“Kerajaan Pusat bukan hanya perlu pertimbang­kan tetapi perlu segera membuat keputusan. Kita tidak boleh berterusan begini (tutup sempadan) kerana rakyat seperti peniaga yang menjalanka­n perniagaan akan terjejas,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Penutupan Pameran Inovasi Antarabang­sa Asia 2020 di sini, semalam.

Hasni berkata, pembukaan semula pintu sempadan itu perlu mendapat pertimbang­an sewajarnya, selain mengakui hasil cukai daripada kedua-dua pintu masuk itu menyumbang sehingga 50 peratus hasil kutipan cukai kastam kepada negara.

“Bagaimanap­un, saya tidak dapat menyatakan tepat angka itu (kutipan cukai kastam tahunan) kerana itu adalah angka rasmi.

“Johor ada sebab tertentu yang kita perlukan boleh dipertimba­ngkan tentang permintaan kita sama ada dari segi membuka sempadan, bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau usaha untuk bangunkan program jaminan bekalan makanan yang eksport ke Singapura.

“Johor tahu bahawa pintu masuk Tambak Johor atau Linkedua adalah pintu masuk paling sibuk dalam dunia, selain dari segi cukai kastam 50 peratus yang dipungut di kedua-dua pintu masuk ini adalah sumbangan yang besar kepada hasil cukai kastam negara. Jadi apabila kita tidak dapat buka sempadan ini, tentulah saya yakin dan percaya ia menjejaska­n hasil negara.

“Di samping itu, kita dapat melihat bahawa kesan langsung kepada ekonomi di Johor akibat daripada sempadan yang terus tutup ini apabila ramai penduduk yang tinggal di Johor Bahru, khususnya tidak dapat berulang alik bekerja atau berurusan ke Singapura.

“Walaupun begitu, saya sudah meminta pihak Kerajaan Pusat supaya dapat menimbang segera permintaan kerajaan negeri untuk membuka sempadan,” katanya.

Sempadan Malaysia dan Singapura ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan COVID-19.

Bulan lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, dilaporkan berkata, pembukaan sepenuhnya sempadan Malaysia-singapura bergantung kepada situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga Disember ini.

Beliau dilaporkan berkata, Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan meneliti kes dan perkembang­an penularan wabak COVID-19 sepanjang tempoh itu sebelum memutuskan pembukaan pintu sempadan.

Kerajaan Pusat bukan hanya perlu pertimbang­kan tetapi perlu segera membuat keputusan. Kita tidak boleh berterusan begini (tutup sempadan) kerana rakyat seperti peniaga yang menjalanka­n perniagaan terjejas.

Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor

 ??  ??
 ??  ?? Pembukaan semula laluan Tambak Johor dan Linkedua bagi merancakka­n semula ekonomi penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pembukaan semula laluan Tambak Johor dan Linkedua bagi merancakka­n semula ekonomi penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia