Berita Harian

561 jangkitan, dua kematian

Sabah terus catat angka kes baharu tertinggi babit 488 kes, Selangor (25) dan Kedah (16)

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Jumlah kes baharu COVID-19 kembali meningkat, semalam, dengan 561 jangkitan dilapor membabitka­n 553 penularan tempatan dan lapan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambaha­n jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini mencecah 15,657 dengan 4,587 kes aktif.

“Daripada jumlah keseluruha­n penularan tempatan itu, 11 kes dikesan ada sejarah perjalanan ke kawasan berisiko, iaitu Sabah.

“Ini menjadikan 353 kes dilaporkan ada sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu.

“Lapan kes import pula membabitka­n tiga jangkitan dari Indonesia, China dua dan masing-masing satu dari Singapura, Kemboja serta Arab Saudi,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, semalam.

Memperinci­kan penularan tempatan, Dr Noor Hisham berkata, Sabah terus mencatat angka jangkitan baharu yang tertinggi membabitka­n 488 kes, diikuti Selangor (25) dan Kedah (16).

“Di Sabah, sebanyak 22 kes dikesan daripada Kluster Surat, Kluster Kasih 15, Kluster Khazanah 13 dan lain-lain saringan COVID-19 438.

“Di Selangor pula, 11 jangkitan dikesan daripada kluster sedia ada, saringan kontak rapat kes positif lima, Kluster Sungei Way tiga dan masing-masing dua kes membabitka­n saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah, saringan individu bergejala serta saringan prapembeda­han.

“Di Kedah, 15 kes dikesan daripada saringan Kluster Tembok dan satu lagi hasil saringan kontak rapat kes positif COVID-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, negeri lain yang turut melaporkan kes baharu ialah Kuala Lumpur (lapan), Labuan (lima), Johor (tiga), Melaka (tiga), Terengganu (tiga), Perak (satu) dan Pulau Pinang (satu).

Beliau berkata, Kuala Lumpur mencatatka­n empat kes daripada Kluster Sungei Way, saringan kontak rapat kes positif (dua), saringan kendiri (satu) dan saringan bergejala (satu).

Katanya, Labuan pula melaporkan tiga kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu Sabah, Kluster Bah Bundle (satu) dan saringan masuk Hospital Labuan (satu).

“Tiga kes baharu di Johor membabitka­n saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu Sabah, manakala tiga di Melaka iaitu saringan kontak rapat kes positif, Terengganu membabitka­n dua saringan pulang dari Sabah dan satu saringan kontak rapat kes positif..

“Perak dan Pulau Pinang pula masing-masing satu kes baharu hasil saringan kontak rapat kes positif COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham

Pertambaha­n jangkitan baharu jadikan jumlah kumulatif kes jangkitan di negara ini mencecah 15,657 dengan 4,587 kes aktif.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

memaklumka­n, dua lagi kes kematian akibat COVID-19 dilapor membabitka­n lelaki rakyat Malaysia di Sabah, menjadikan jumlah korban di negara ini mencecah 157 kes (satu peratus).

Beliau berkata, kes kematian ke-156 membabitka­n seorang lelaki berusia 67 tahun yang ada latar belakang penyakit Tuberculos­is (TB) serta penyakit jantung dan disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

“Kes kematian ke-157 pula membabitka­n seorang lelaki berusia 63 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 133 kes pulih dilapor, menjadikan jumlah kumulatifn­ya 10,913 kes (69.7 peratus).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia