Berita Harian

Lima kluster baharu di Sabah, Labuan, Selangor

-

Putrajaya: Lima lagi kluster baharu COVID-19 dikesan membabitka­n tiga di Sabah dan masing-masing satu di Selangor serta Labuan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster baharu di Sabah ialah Kluster Kasih, Kluster Surat dan Kluster Khazanah.

Beliau berkata, kes indeks Kluster Kasih di Lahad Datu dikenal pasti hasil saringan petugas kesihatan pada 27 September lalu.

“Kes sudah dimasukkan ke Hospital

Lahad Datu. Setakat jam 12 tengah hari tadi (semalam), 1,838 individu disaring dengan 34 dikesan positif dan baki 1,804 masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, kes indeks Kluster Surat di Sandakan dikenal pasti hasil saringan individu bergejala dan sudah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Katanya, daripada 74 individu disaring, setakat ini, 25 dikesan positif dan 49 lagi masih menunggu keputusan.

Beliau berkata, Kluster Khazanah dikesan di Lahad Datu di mana kes indeks dikenal pasti hasil saringan kontak rapat pada 9 Oktober lalu dan sudah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

“Sejumlah 652 individu sudah disaring dengan 14 dikesan positif dan 638 masih menunggu keputusan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Sungei Way pula membabitka­n daerah Petaling dan Gombak di Selangor serta Titiwangsa, Kuala

Lumpur.

“Kes indeks kluster ini dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Hingga jam 12 tengah hari tadi (semalam), 149 individu sudah disaring dengan 18 dikesan positif, negatif 124 dan tujuh masih menunggu keputusan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster baharu ialah Kluster Bah Bundle di Labuan yang kes indeks dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, iaitu Sabah, pada 2 Oktober lalu dan sudah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Bagi kluster itu, 430 individu sudah disaring dengan tiga dikesan positif, negatif (131) dan 296 masih menunggu keputusan.

Dalam perkembang­an lain, Dr Noor Hisham memaklumka­n setakat semalam, tiada pertambaha­n kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan individu menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 3 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia