Berita Harian

Kemudahan kesihatan ditambah hadapi wabak

-

Dr Adham Baba

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menambah hospital, pusat kuarantin dan katil bagi memudahkan merawat pesakit COVID-19 di Sabah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata penambahan kemudahan itu dibuat bagi memastikan kesiapsiag­aan di semua peringkat ketika penularan COVID-19, di negara ini.

Katanya, Hospital Marudu adalah hospital terbaharu yang dijadikan sebagai pusat merawat pesakit COVID-19 di Sabah.

“KKM kini mempunyai tujuh hospital untuk merawat kes COVID-19 yang memerlukan penjagaan perubatan. Hospital KKM di Sabah akan dapat menyediaka­n lebih kemudahan penjagaan rawatan rapi bagi pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima.

“KKM juga menambah 946 katil bagi semua tujuh hospital terbabit serta menambah enam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“KKM kini mempunyai 16 PKRC bagi merawat kes COVID-19 yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori satu dan dua). Dengan itu, PKRC di Sabah kini mempunyai sejumlah 3,876 katil,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kemudahan KKM di Sabah melonjak kepada 4,834 katil berbanding sebelum ini 2,596 katil.

“Kadar penggunaan katil buat masa ini ialah 30 peratus dan masih boleh menampung pertambaha­n kes,” katanya.

Langkah kesiapsiag­aan hospital di Pantai Timur Sabah, Dr Adham berkata, pihaknya turut menjalinka­n kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyediaka­n Hospital Medan di Tawau.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, kerajaan negeri semalam mula mengagihka­n bakul makanan untuk penduduk terjejas di Zon Merah yang terbabit dengan pelaksanaa­n PKPB.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan media berkata setakat semalam, sebanyak 5,134 bakul makanan diagihkan di kawasan berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia