Berita Harian

Keselamata­n terabai, tiada kualiti kerja

-

Kuala Lumpur: Rumah retak, litar pintas, bumbung menanti runtuh dan struktur bangunan tidak selari adalah antara risiko yang menanti pelanggan atau rakyat tempatan sekiranya mereka menggunaka­n khidmat warga asing sebagai buruh kontraktor.

Mengikut Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), situasi itu berlaku kerana kebanyakan pelanggan di negara ini hanya mahu mengupah kontraktor yang boleh memberikan harga yang murah hingga mengabaika­n aspek keselamata­n yang lain.

Pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit seperti dari Bangladesh, bukan kelompok pekerja mahir, justeru tahap keselamata­n dan kualiti kerja mereka boleh dipertikai­kan.

“Aspek keselamata­n dan kualiti akan terjejas di mana pengguna akan mendapat produk pembinaan yang rendah tahap keselamata­nnya serta kualiti hasil kerja yang tidak memuaskan kerana dibina oleh pekerja yang tidak mahir.

“Kesannya, pengguna perlu menanggung risiko kemalangan dan kos tambahan bagi memperbaik­i kerosakan yang berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai kemahiran yang dimiliki warga Bangladesh, CIDB berkata, mereka tidak mempunyai kemahiran khusus dalam bidang pembinaan di negara.

“Mereka tidak menyamai kemahiran tenaga kerja seperti negara lain khususnya dari Indonesia. Semua warga asing yang memasuki Malaysia termasuk dari Bangladesh tidak mempunyai kemahiran khusus dalam sektor pembinaan.

“Untuk diakredit sebagai pekerja binaan mahir mereka perlu menjalani ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) dan dianugerah­kan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) bagi membolehka­n mereka berkhidmat di sektor pembinaan,” katanya.

 ?? (Foto Hazreen Mohamad /BH) ?? Tahap Keselamata­n dan kualiti kerja warga asing yang tiada kemahiran dalam bidang pembinaan boleh dipertikai­kan.
(Foto Hazreen Mohamad /BH) Tahap Keselamata­n dan kualiti kerja warga asing yang tiada kemahiran dalam bidang pembinaan boleh dipertikai­kan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia