Berita Harian

18 Ahli Parlimen PAS sokong PM

Parti anggap isu dibangkit individu terdesak, ada kepentinga­n peribadi

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Zanariah Abd Mutalib bhnews@bh.com.my

Kota Bharu: PAS menegaskan semua 18 Ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS tidak terkesan langsung dengan retorik dibawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“PAS menganggap isu dibangkitk­an individu sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentinga­n dan cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika kerajaan PN menguruska­n masalah COVID-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

“Dalam hal ini, PAS amat yakin Yang di-pertuan Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya baginda akan mengendali­kannya berdasarka­n peruntukan dan undang-undang berdasarka­n Perlembaga­an negara.

“PAS turut berharap kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulka­n keresahan dan kekeliruan rakyat, di samping mengakibat­kan terjejasny­a sektor ekonomi negara akibat tindakan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-pertuan Agong, esok.

Dalam satu kenyataan, Anwar yang juga Ketua Pembangkan­g di Dewan Rakyat berkata, beliau akan mempersemb­ahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongn­ya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Dengan itu, Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu berkata, langkah yang sebelum ini tertangguh kini dapat dilaksanak­an selepas mendapat perkenan menghadap baginda.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, berkata parti itu tidak akan menyokong ataupun menyertai Anwar.

Sin Woon berkata, Biro Politik MCA dipengerus­ikan Presiden, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, sudah mengadakan perbincang­an dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua Presiden parti komponen BN serta bersetuju itu.

Beliau berkata, MCA juga mengulangi pendirian memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Muhyiddin dalam menerajui kepemimpin­an negara, terutama ketika dunia berdepan penularan COVID-19 yang menyebabka­n semua sektor ekonomi terkesan.

“Kestabilan politik ialah prasyarat merancakka­n pertumbuha­n ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini.

“Adalah wajar bagi semua parti politik menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemulihan ekonomi dan menghentik­an segala percaturan politik yang akhirnya merugikan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Sin Woon berkata, pemimpin dan parti politik perlu menghormat­i titah Yang di-pertuan Agong, Mei lalu, supaya ahli politik tidak mengheret negara sekali lagi ke dalam kancah politik tidak menentu. mencapai kesepakata­n

PAS berharap kerajaan akan ambil tindakan undang-undang tegas terhadap pihak yang menimbulka­n keresahan dan kekeliruan rakyat.

Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia