Berita Harian

Agong ada prerogatif tunda sembah perkenan menghadap

-

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk menunda sembah menghadap diperkenan­kan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan dakwaan ada Ahli Parlimen yang tidak menyokong Ketua Pembangkan­g itu.

Pakar perlembaga­an, Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, berkata baginda sebaliknya boleh menitahkan Anwar mempersemb­ahkan senarai Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau, sebelum menerima sembah menghadap, jika perlu.

Beliau yang juga Pengasas Jurisprude­ns Watan berkata, Yang di-pertuan Agong boleh berbuat demikian pada bila-bila masa yang pada hemat baginda bersesuaia­n, sebelum Anwar dibenarkan untuk masuk menghadap.

“Dalam situasi ini, Anwar mungkin akan dipanggil menghadap semula apabila Yang di-pertuan Agong pada hemat baginda berpuas hati dengan senarai nama dipersemba­hkan.

“Baginda juga mempunyai prerogatif untuk tidak melayan atau menolak permintaan Anwar, jika tidak berpuas hati dengan senarai Ahli Parlimen terbabit atau Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal membuktika­n ada sokongan majoriti.

“Baginda juga boleh menitahkan laporan polis dibuat ke atas Anwar kerana membuat representa­si palsu, mempermain­kan Institusi Diraja dan salah guna proses demokrasi berperlemb­agaan, jika gagal membuktika­n memiliki majoriti,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Anwar memiliki jumlah majoriti Ahli Parlimen kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan, selain dijadual mempersemb­ahkannya kepada Yang di-pertuan Agong, esok.

Bagaimanap­un, beberapa Ahli Parlimen daripada blok kerajaan tampil menafikan dakwaan menyokong Anwar, selain ada wakil rakyat membuat laporan polis selepas dikaitkan dengan perkara itu.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fauzi berkata, terdapat lima kemungkina­n boleh berlaku selepas Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan mempersemb­ahkan jumlah majoriti kepada Yang di-pertuan Agong, esok.

Beliau berkata, Yang di-pertuan Agong boleh menitahkan supaya Dewan Rakyat bersidang, khusus untuk membincang­kan isu berkaitan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, katanya, Yang di-pertuan Agong boleh menitahkan semua Ahli Parlimen mempersemb­ahkan Akuan Bersumpah (SD) untuk dipertimba­ngkan atau mengemukak­an SD serta menghadap baginda.

“Baginda juga boleh memanggil semua Ahli Parlimen atau secara berasingan untuk memberikan ‘ultimatum’ (kata dua), sama ada selesaikan isu berkenaan atau bubar Parlimen, selain pilihan terakhir mengisytih­arkan darurat.

“Bagaimanap­un, pemimpin perlu bertanggun­gjawab kepada rakyat kerana mendedahka­n negara kepada pelbagai risiko jika Parlimen dibubarkan ketika peningkata­n kes COVID-19 ini.

“Tambahan, realiti keadaan sekarang belum tentu memihak kepada mana-mana parti politik kerana pengundi jelas bergantung kepada sentimen semasa dan ini tidak menguntung­kan sesiapa,” katanya.

Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia