Berita Harian

Idris Jusoh buat laporan polis, nafi sokong Anwar

-

Idris menunjukka­n salinan

Putrajaya: Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh membuat laporan polis menafikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas terus dikaitkan dengan isu itu.

Pengerusi FELDA yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau sebelum ini sudah mengeluark­an kenyataan tidak akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri namun hingga kini namanya terus dikaitkan dengan isu berkenaan.

“Ketika itu banyak media menulis mengenai perkara berkenaan, namun kini saya tetap dikaitkan sekali lagi. Ada juga rakan-rakan bertanyaka­n hal itu.

“Saya lihat kenyataan saya sebelum ini tidak diendahkan, jadi saya buat laporan polis,” katanya yang ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.

Idris berkata, pihaknya mengetahui perkara itu selepas dimaklumka­n pegawainya mengenai artikel yang mendedahka­n nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.

“Pada 6 Oktober lalu sekitar jam 5 petang, ketika berada di pejabat saya di FELDA, saya dimaklumka­n nama saya dipetik dalam artikel berkenaan.

“Saya dapati nama saya didakwa sebagai antara 121 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong pelantikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya perkara berkenaan dan atas sebab itu saya membuat laporan polis ini bagi membersihk­an nama saya daripada terus dikaitkan dengan tindakan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada ketika ini dan pada masa depan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? laporan di IPD Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) laporan di IPD Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia