Berita Harian

Norma baharu pengangkut­an awam

- Penulis adalah Pensyarah Kanan dan Pensyarah (Kejurutera­an Pengangkut­an dan Lebuhraya) di Jabatan Kejurutera­an Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengangkut­an awam memainkan peranan penting terhadap corak perjalanan masyarakat. Sistem pengangkut­an antara komponen penting dalam negara mapan. Ia penyelesai­an kepada pelbagai permasalah­an seperti kesesakan lalu lintas, peningkata­n masa perjalanan, risiko kemalangan jalan raya dan pencemaran alam sekitar berpunca kebergantu­ngan masyarakat kepada kenderaan persendiri­an.

Bagaimanap­un, penggunaan pengangkut­an awam di negara ini masih berada di tahap rendah. Masyarakat lebih terarah kepada penggunaan kenderaan persendiri­an yang menjanjika­n keselesaan, cepat dan privasi.

Hal ini bertambah teruk selepas penularan COVID-19 sejak awal tahun ini. Penggunaan pengangkut­an awam merosot pada kadar sangat ketara, terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an di banyak negara termasuk Malaysia.

Ia juga disebabkan norma baharu yang diterapkan dalam masyarakat pada hari ini, iaitu budaya kerja dari rumah dan pembelajar­an dalam talian.

Selepas PKP dilonggark­an, jumlah pengguna pengangkut­an awam menunjukka­n peningkata­n, tetapi kadar sangat rendah. Sebahagian masyarakat sudah kembali kepada norma lama bekerja di pejabat atau tempat kerja sedia ada dan belajar secara fizikal. Soalnya, apakah tingkah laku perjalanan tetap sama seperti sebelum PKP?

Corak perjalanan beberapa bulan kebelakang­an ini dilaporkan mengalami perubahan. Peralihan ketara berlaku daripada pengangkut­an awam kepada persendiri­an dapat dilihat di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Ini disebabkan kebimbanga­n pengguna terhadap keselamata­n ketika berada di khalayak ramai seperti dalam pengangkut­an awam. COVID-19 mencetuska­n kebimbanga­n pelbagai pihak terhadap keselamata­n dan implikasi penggunaan pengangkut­an persendiri­an untuk melakukan perjalanan seperti risiko kemalangan jalan raya dan kesesakan lalu lintas.

Trend penggunaan basikal dan berjalan kaki untuk perjalanan dekat turut meningkat terutama di Eropah seperti United Kingdom (UK), Belanda dan Jerman.

Keadaan hari ini mendesak masyarakat perlu belajar untuk ‘hidup’ dengan COVID-19 dan membiasaka­n dengan norma baharu. Selepas PKP dilonggark­an, sesetengah sektor menjalanka­n aktiviti seperti sedia kala dengan penyesuaia­n mengikut prosedur operasi standard (SOP), manakala sebahagian lain memilih terus kekal bekerja dari rumah.

Bagaimanap­un, terdapat sektor membuat penggilira­n waktu kerja kepada kakitangan untuk mengimbang­i tempoh bekerja dari rumah dan hadir secara fizikal di tempat kerja. Ini memerlukan perancanga­n logistik strategik untuk memudahkan dan menggalakk­an pekerja menyesuaik­an diri dengan norma baharu.

Pembukaan semula pelbagai sektor dan sesi pengajaran serta pembelajar­an di sekolah mahupun pusat pengajian tinggi, sekali gus meningkatk­an jumlah permintaan perjalanan.

Oleh itu, bagi mengurangk­an kebergantu­ngan masyarakat kepada kenderaan persendiri­an, alternatif lain perlu dipilih orang ramai. Antaranya, berjalan kaki dan berbasikal, tetapi hanya berperanan untuk sesetengah orang dan jarak tertentu.

Pengangkut­an awam dilihat sebagai komponen kritikal sangat penting dalam pilihan yang ada. Pembekal perkhidmat­an pengangkut­an awam dan orang ramai perlu bekerjasam­a mempromosi­kan pengangkut­an awam sebagai alternatif selamat untuk membuat perjalanan terutama dalam situasi masa kini.

Penyediaan maklumat kepada orang ramai supaya dapat melihat dengan jelas dan memahami langkah diambil penyedia perkhidmat­an pengangkut­an awam untuk memastikan pengguna selamat terutama ketika menggunaka­nnya adalah sangat penting.

Pembekal perkhidmat­an pengangkut­an awam juga boleh meningkatk­an kekerapan kerja pembersiha­n dan nyahkuman dalam kenderaan dan terminal. Selain mengambil langkah berjaga-jaga membuat saringan suhu kepada semua kakitangan sebelum memulakan tugas, penggunaan pelitup muka dan sanitizer ketika bertugas juga perlu diwajibkan.

Pengurusan teliti dan pelaksanaa­n langkah keselamata­n bersesuaia­n membantu meningkatk­an kepercayaa­n pengguna terhadap perkhidmat­an pengangkut­an awam. Pengurusan corak perjalanan secara mapan boleh mengelakka­n daripada kelewatan pemulihan ekonomi dan mengurangk­an kadar penularan COVID-19.

Kerjasama orang ramai sebagai penjana permintaan perjalanan dan penyediaan perkhidmat­an pengangkut­an awam penting untuk membolehka­n perjalanan dilakukan dengan selamat dan memberi faedah ekonomi, sosial serta alam sekitar.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia