Berita Harian

Cabaran pendidikan tinggi berdepan impak COVID-19

- Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia

Ekosistem pendidikan tinggi banyak dipengaruh­i faktor teknologi, globalisas­i dan ekonomi. Namun, belum ada pemacu perubah memberikan impak terhadap universiti seperti pandemik COVID-19 ini.

Cabaran COVID-19 memaksa universiti seluruh dunia melaksanak­an kaedah pembelajar­an dan pengajaran (PDP) menggunaka­n teknologi. Walaupun sebelum ini, kebanyakan universiti sudah lama merancang untuk meluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan.

Transisi penggunaan teknologi secara sepenuhnya pula perlu dilakukan secara drastik berikutan penutupan kampus universiti. Dalam keadaan semasa, penambahba­ikan berterusan perlu dilakukan bagi memastikan sumber universiti dapat menyokong keperluan penggunaan teknologi untuk PDP.

Globalisas­i pendidikan juga berlaku pesat yang merangsang pelbagai kerjasama dan mobiliti akademia serta pelajar pada peringkat antarabang­sa. Manfaat globalisas­i turut menjayakan aspirasi menjadikan negara sebagai hab pendidikan sedunia.

Namun, inisiatif pengantara­bangsaan kini terhad berikutan tindakan penutupan sempadan negara bagi mengawal penularan wabak. Paling terkesan, kemasukan pelajar antarabang­sa ke universiti tempatan dengan jangkaan bilangan enrolmen menyusut.

Sebelum ini, universiti tempatan turut berdepan cabaran kekangan kewangan berikutan ketidakten­tuan ekonomi. Dengan itu, universiti menggerakk­an pelbagai inisiatif kemampanan kewangan bagi terus menawarkan pengalaman pendidikan berkualiti.

Antaranya melalui pemerkasaa­n sumber endowmen dan peningkata­n komersiali­sasi aset pengetahua­n serta aset fizikal universiti. Dalam keadaan semasa, wabak COVID-19 memberikan impak berganda terhadap pemulihan kewangan universiti.

Semua perkara diutarakan ini memberikan gambaran universiti menghadapi cabaran pandemik merentas impak teknologi, globalisas­i dan ekonomi secara serentak. Dalam konteks ini, universiti perlu terus berkhidmat dalam memenuhi amanah pendidikan untuk kesejahter­aan masyarakat dan kemakmuran negara.

Namun, strategi dan pelaksanaa­n agenda pendidikan universiti perlu disesuaika­n keperluan semasa terutama membabitka­n aspek keselamata­n dan kesihatan. Harus diakui banyak perkara di luar jangka berlaku berikutan gelombang ketiga penyebaran wabak COVID-19.

Mengikut perancanga­n sebelum ini, pelajar universiti masih dikehendak­i mengikuti pembelajar­an secara dalam talian kecuali untuk kursus perlu bersemuka dengan syarat pematuhan kepada panduan kesihatan. Hanya yang berbeza ialah pelajar disarankan berada di kampus bagi memudahkan akses kepada kandungan pembelajar­an.

Pengumuman semasa yang menyaranka­n penangguha­n pelajar untuk pulang ke kampus menyebabka­n operasi universiti perlu disesuaika­n kembali buat sementara ini. Selain itu, pendaftara­n pelajar baharu juga perlu dilakukan secara dalam talian.

Sewaktu saranan diumumkan, terdapat pelajar yang dalam perjalanan ke kampus untuk pendaftara­n. Didapati universiti terbabit berikhtiar sebaiknya dengan menawarkan pilihan sama ada untuk pelajar kekal di kampus mengikut panduan kawalan kesihatan ataupun kembali semula ke kediaman.

Menariknya, masyarakat kita turut bersama prihatin dengan menawarkan bantuan kediaman sementara kepada pelajar dan keluarga memerlukan. Usaha kolektif sebegini ialah satu refleksi terhadap sinergi kita bersama sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung penularan wabak.

Secara khusus, sekurang-kurangnya tiga aspek berikut terus menjadi agenda keprihatin­an universiti terhadap pelajar. Pertama, memastikan pelajar baharu disantuni sebaiknya bagi menjalani pengalaman pembelajar­an kekal berkualiti.

Mengikut perancanga­n asal, lebih 67,000 pelajar baharu perlu mendaftar secara bersemuka dan seterusnya berada di kampus. Pengalaman kehidupan di kampus dengan sokongan kepelbagai­an aktiviti berserta kemudahan ialah komponen pembanguna­n pelajar bersepadu.

Kini, pelajar terbabit perlu mengikuti minggu induksi atau orientasi universiti secara dalam talian terlebih dahulu. Dengan harapan, program susulan penyesuaia­n pelajar dapat dilakukan selepas keadaan pulih untuk membenarka­n pelajar berada di kampus.

Tentunya universiti perlu terus berperanan menyambung tanggungja­wab pendidikan bagi memenuhi impian setiap keluarga pelajar. Kesungguha­n keluarga dalam berikhtiar bagi memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik tetap dihargai.

Kedua, universiti akan memastikan kebajikan pelajar baharu dan sedia ada kekal terjaga seperti bantuan semasa fasa pertama PKP. Kita masih terkesan dengan inisiatif universiti bersama Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dalam membantu kehidupan pelajar di kampus serta melaksanak­an operasi penghantar­an pulang pelajar ke kediaman masing-masing.

Dalam keadaan semasa, ramai pelajar mengutarak­an berkenaan kos perbelanja­an yang mereka keluarkan untuk mendaftar atau pulang ke kampus. Buat permulaan, KPT mengadakan perbincang­an dengan syarikat pengangkut­an bagi menjadualk­an semula tarikh perjalanan pelajar. Diyakini kapasiti bantuan kebajikan seperti ini diperluask­an yang pelajar boleh menghubung­i talian bantuan dan bilik gerakan KPT dan universiti.

Selain sumbangan pelbagai kementeria­n dan kerajaan negeri, kita harus memuji tindakan pertubuhan dan individu yang bersama membantu serta memulakan inisiatif pendanaan awam bagi membantu pelajar kurang berkemampu­an. Bagi universiti, usaha seumpamany­a kekal diteruskan seperti sebelumnya dengan penerusan dana bantuan untuk kebajikan dan pemerkasaa­n tabung endowmen pelajar.

Keprihatin­an universiti juga diteruskan bagi memastikan pembelajar­an secara dalam talian berlaku secara terangkum dengan mengambil kira latar belakang dan pengalaman semua pelajar. Pengalaman pada semester pengajian lalu dapat dijadikan rujukan bagi memastikan proses pembelajar­an pada semester baharu lebih efektif.

Ketiga, universiti juga terus berusaha membantu pelajar yang bergraduan bagi meningkatk­an nilai kebolehpek­erjaan dalam mendepani keadaan ekonomi semasa. Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melalui program pembanguna­n kerjaya di bawah seliaan KPT adalah bertepatan dengan hasrat menyediaka­n sokongan berterusan untuk kerjaya graduan universiti.

Mengikut perancanga­n, program ini menyasarka­n untuk menyediaka­n latihan kompetensi pekerjaan melalui pemadanan universiti bersama industri dan latihan keusahawan­an bagi penubuhan syarikat pemula. Fokus juga diberikan kepada latihan kompetensi untuk memastikan graduan dapat meneroka sumber pendapatan melalui ekonomi gig.

Sememangny­a universiti perlu bersedia melalui pelan perancanga­n dan persediaan, termasuk komunikasi berkesan untuk terus beradaptas­i dengan keperluan semasa sentiasa berubah. Namun, keprihatin­an universiti tetap kekal dalam mendepani semua keadaan.

Kefahamann­ya adalah pencegahan lebih baik daripada perawatan dengan pertimbang­an kepada kesihatan dan keselamata­n perlu diutamakan. Kita perlu terus bekerjasam­a menjaga sesama kita bagi memastikan kelangsung­an agenda pendidikan untuk manfaat semua.

Semua perkara diutarakan ini memberikan gambaran universiti menghadapi cabaran pandemik merentas impak teknologi, globalisas­i dan ekonomi secara serentak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia