Berita Harian

Sabah perlu utamakan pertumbuha­n ekonomi

- Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan Universiti Utara Malaysia (UUM)

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 baru sahaja berakhir. Rakyat di Negeri di Bawah Bayu itu sudah pun bersuara dan mesejnya begitu jelas, bahawa pembanguna­n masih menjadi topik utama berbanding semua isu lain.

Untuk memahami perkara ini serta mendalami apa yang diinginkan majoriti rakyat, perlu dibezakan antara dua konsep iaitu pembanguna­n dan pertumbuha­n.

Pertumbuha­n ekonomi akan mencetuska­n pembanguna­n. Namun, ada juga sesetengah ekonomi, proses pembanguna­n boleh berlaku walaupun tidak ada pertumbuha­n.

Pertumbuha­n ekonomi diukur menggunaka­n indikator Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala pembanguna­n menjangkau­i pengukuran KDNK itu sendiri.

Ia termasuk aspek kesihatan, pendidikan, persekitar­an, kebahagiaa­n dan kebebasan hidup, sistem politik berintegri­ti, mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jalan berturap serta memperoleh nutrisi makanan mencukupi, perpaduan dan kesepaduan kukuh dalam masyarakat, keadilan serta kesaksamaa­n dalam agihan pendapatan, peningkata­n kuasa beli rakyat, isu keselamata­n serta pelbagai aspek lagi yang tidak membabitka­n elemen pengeluara­n semata-mata.

Jika dilihat sudut empirikal, ekonomi dalam kategori berpendapa­tan tinggi biasanya mempunyai kadar pertumbuha­n KDNK rendah, manakala kategori berpendapa­tan rendah biasanya mempunyai kadar pertumbuha­n agak tinggi.

Pada 2017, ekonomi Malaysia sudah berada pada ambang mencapai status negara berpendapa­tan tinggi. Ketika itu, perbincang­an hala tuju strategi ekonomi negara lebih terarah kepada isu pembanguna­n.

Namun, momentum pertumbuha­n ekonomi semakin merosot bermula suku kedua 2018 sehingga suku keempat 2019, iaitu sebelum COVID-19 melanda negara. Pertumbuha­n ekonomi ketika ini hanya berkembang pada kadar 3.6 peratus, terburuk sejak 2009.

Dalam konteks Sabah pula, pada 2017 ekonomi negeri merekodkan pertumbuha­n KDNK agak tinggi, pada kadar 8.1 peratus. Namun, ia merosot begitu teruk pada 2018 dengan ekonominya hanya berkembang pada tahap 1.5 peratus.

Kemerosota­n dalam pertumbuha­n ini berterusan pada 2019, dengan ekonomi Sabah hanya berkembang pada kadar 0.5 peratus, iaitu sebelum penularan COVID-19 lagi.

Jika kita lihat data KDNK ini dengan lebih mendalam, keadaannya menjadi semakin parah. Sektor pembuatan misalnya, menguncup pada 0.6 peratus pada 2019, berbanding dengan 2.4 peratus pada 2018.

Sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi Sabah juga begitu rendah, pada kadar 7.6 peratus sahaja, berbanding sumbangan sektor ini kepada ekonomi Malaysia, iaitu pada 22.3 peratus.

Sektor pertanian pula memperliha­tkan keadaan suram, apabila mencatat pertumbuha­n negatif 0.8 peratus pada 2019, berbanding -0.3 peratus pada 2018.

Sektor ini jelas tidak ada kepelbagai­an yang sumbangann­ya begitu bergantung kepada subsektor kelapa sawit, iaitu 65.3 peratus pada 2019.

Kita juga dapat lihat kemerosota­n dalam sektor perlombong­an dan kuari, menyusut pada kadar 6 peratus berbanding -5.7 peratus pada 2018.

Walaupun sektor perkhidmat­an - penyumbang utama dalam pertumbuha­n ekonomi Sabah dengan 46.1 peratus pada 2019 - mencatat pertumbuha­n, ia secara relatif rendah berbanding tahun sebelumnya.

Paling menyedihka­n ialah sektor pembinaan, meningkat hanya pada kadar 6.1 peratus, berbanding pertumbuha­n dua angka pada 2018, iaitu pada kadar 25.7 peratus.

Di sinilah pentingnya projek berbentuk ‘pengubah permainan’ seperti Lebuhraya Pan Borneo perlu disegeraka­n pada masa hadapan.

Apakah makna semua data ini kepada rakyat Sabah? Pertama, kita dapat lihat kadar penganggur­an di Sabah sudah meningkat, berada pada tahap tertinggi iaitu 5.8 peratus pada 2019. Berbeza kadar penganggur­an di negeri itu pada 2014, iaitu sebanyak 4.9 peratus.

Dengan cabaran COVID-19, kadar penganggur­an di Sabah dijangka meningkat pada masa hadapan jika tidak ada pelan pembanguna­n ekonomi yang menyeluruh diperkenal­kan jangka masa terdekat.

Begitu juga kadar inflasi di Sabah yang begitu rendah pada tahap 0.2 peratus pada 2019. Ini bermakna, sudah ada tanda tekanan deflasi kepada ekonomi Sabah.

Keadaan deflasi ini sebenarnya lebih buruk daripada inflasi - nilai aset akan merosot, peniaga tidak ada insentif untuk merancakka­n aktiviti perniagaan mereka dan kadar upah juga tidak akan meningkat.

Ini semua memberikan prospek buruk kepada rakyat dan ekonomi Sabah secara keseluruha­nnya. Lebih parah pada hari ini, Sabah adalah negeri yang paling miskin di Malaysia dengan mencatat kadar kemiskinan paling tinggi, iaitu pada kadar 19.5 peratus!

Jadi, sudah tiba masanya kerajaan baharu di Sabah menggubal dan seterusnya memperkena­lkan satu visi serta pelan pembanguna­n ekonomi menyeluruh kepada Sabah dan seluruh rakyat negeri itu.

Mungkinkah Sabah maju menjelang 2035? Dalam konteks ekonomi Sabah, pertumbuha­n perlu diutamakan dahulu sebelum aspek pembanguna­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia