Berita Harian

TH tolak cadangan lantik pengurus hotel bukan Islam

Pihak pengurusan diarah kemuka semula syor calon sesuai visi

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) menolak cadangan pelantikan individu bukan Islam sebagai pengurus besar sebuah hotel milik institusi kewangan itu.

Mengesahka­n perkara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara terbabit tidak lagi berbangkit selepas cadangan mengenainy­a ditolak ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah, pada 1 Oktober lalu.

Katanya, cadangan yang diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff itu juga tidak pernah dibawa kepada sebarang perbincang­an dengan Pejabat Menteri atau Timbalan Menteri, sebelum dikemukaka­n kepada Lembaga Pengarah.

“Saya ambil maklum keresahan umat Islam berhubung tularnya berita cadangan pelantikan seorang profesiona­l bukan Islam sebagai pengurus besar sebuah hotel milik TH.

“Hasil semakan pihak kami, memo tular ditandatan­gani Datuk Nik Mohd Hasyudeen adalah cadangan lantikan daripada pihak pengurusan tertinggi TH yang dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk mendapatka­n kelulusan.

“Bagaimanap­un, cadangan itu sudahpun ditolak melalui mesyuarat berkenaan dan dengan penolakan ini, tidak berbangkit lagi soal pelantikan­nya.

“Saya juga ingin menjelaska­n secara tuntas dan muktamad tidak berlaku pelantikan pengurus besar bukan Islam itu, seperti dakwaan atau kegusaran sesetengah pihak,” katanya melalui kenyataan, di sini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai khabar angin pelantikan individu bukan Islam sebagai Pengurus Besar, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA (MHCC), iaitu sebuah hotel milik penuh Tabung Haji Hotel & Residence Sdn Bhd yang diuruskan oleh THV Management Services

Sdn Bhd.

Ahmad Marzuk berkata, pihak pengurusan TH juga sudah diarahkan untuk mengemukak­an semula cadangan calon pengurus besar baharu beragama Islam supaya lebih sesuai dan menepati visi serta roh institusi pelaburan kebanggaan umat Islam itu.

Malah, katanya, pihaknya memberi jaminan keutamaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan saja bagi memulihkan prestasi kewangan TH, tetapi juga memastikan segala urus tadbir membabitka­n institusi itu terjamin dari sudut kepatuhan syariah dan sensitivit­i umat Islam.

“Saya menghargai segala komen dan pandangan masyarakat serta sentimen mereka yang gelisah dengan isu sebegini.

“Sehubungan itu, setiap agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk pengurusan TH diingatkan supaya sentiasa lebih peka dengan segala tindakan yang boleh mengundang keresahan rakyat,” katanya.

Cadangan itu sudah pun ditolak melalui mesyuarat berkenaan dan dengan penolakan ini, tidak berbangkit lagi soal pelantikan.

Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia