Berita Harian

TNB rugi RM4.5 juta angkara sindiket bitcoin

-

Kuantan: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang kerugian lebih RM4.5 juta dalam tempoh tiga bulan, iaitu Julai hingga September lalu angkara sindiket perlombong­an mata wang bitcoin yang membuat sambungan elektrik secara haram tanpa meter di tiga daerah di negeri ini.

Ketua Perkhidmat­an Pelanggan TNB Pahang, Rozianis Mohd Noor, berkata dalam operasi bitcoin bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bulan lalu pihaknya berjaya mengesan sebanyak 29 premis bitcoin di daerah ini, Temerloh dan Bera.

Katanya, operasi kali kelima tahun ini dilakukan selepas mendapati sindiket terbabit kembali aktif selepas beberapa kali premis mereka diserbu oleh kakitangan TNB yang sentiasa berusaha membantera­s kegiatan berkenaan.

Pada operasi bulan lalu, katanya, TNB mencatat kerugian kira-kira RM1.5 juta sebulan berikutan kegiatan sindiket perlombong­an mata wang bitcoin yang membuat sambungan elektrik secara haram tanpa meter membabitka­n lapan premis di Temerloh dan Bera termasuk 21 di daerah ini.

“Tahun lalu, TNB Pahang menanggung kerugian lebih RM3.2 juta angkara perbuatan sindiket perlombong­an mata wang bitcoin yang ketika itu baru menapak di negeri ini terutama di daerah ini.

“Bukti kesungguha­n TNB Pahang membendung sindiket perlombong­an mata wang bitcoin yang membuat sambungan elektrik secara haram tanpa meter ialah dengan melakukan operasi secara berterusan dalam tempoh sembilan bulan tahun ini sebanyak lima operasi berjaya dilakukan,” katanya, dihubungi di sini, semalam.

Rozianis berkata, dalam operasi bitcoin di daerah ini akhir bulan lalu, pihaknya menemui premis bitcoin di bangunan perniagaan terletak di Fajar Jaya, Gambang, Jaya Gading, Kemunting dan Balok.

Bagaimanap­un, katanya, ketika serbuan, semua premis tiada penjaga.

“Kini terdapat pelbagai cara digunakan sindiket perlombong­an mata wang bitcoin yang membuat sambungan elektrik secara haram tanpa meter. Selain menebuk lantai dan dinding, mereka menggunaka­n kotak alat penggera untuk mengadakan sambungan wayar,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan perlombong­an bitcoin membabitka­n penggunaan rangkaian komputer berkuasa tinggi dan beroperasi 24 jam.

Terdapat pelbagai cara digunakan sindiket perlombong­an mata wang bitcoin yang membuat sambungan elektrik secara haram tanpa meter.

Rozianis Mohd Noor, Ketua Perkhidmat­an Pelanggan TNB Pahang

 ??  ??
 ??  ?? Laporan BH 8 Oktober lalu.
Laporan BH 8 Oktober lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia