Berita Harian

Ilmu Balaghah bantu fahami ayat al-quran

- Penulis adalah Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Ramai orang bercakap mengenai keindahan ayat Allah SWT, mereka sering menyuaraka­n mereka teringin untuk memahami kepuitisan bahasa dan makna Kalamullah.

Namun persoalann­ya, sejauh manakah usaha untuk memahami konteks yang Allah SWT ingin sampaikan dalam sesebuah ayat al-quran. Adakah cukup dengan tadabbur makna secara membaca teks terjemahan semata-mata? Bagaimana pula usaha untuk meneroka keindahan dan kepuitisan sesebuah ayat al-quran dengan memahami uslub dan lenggok bahasa yang digunakan dalam al-quran itu sendiri?

Antara cara untuk memahami dan menjiwai bahasa Al-quran yang cukup gramatis ialah dengan mendalami ilmu Balaghah. Balaghah ialah ilmu untuk membimbing pembaca meneroka keindahan dan kepuitisan sesebuah teks sastera atau teks al-quran.

Dengan ilmu Balaghah, pembaca dapat memahami dan mengecapi keindahan dalam bahasa arab itu sendiri, bukan semata-mata melalui perantaraa­n terjemahan atau huraian pihak ketiga.

Sekiranya pembaca memahami selok-belok ilmu tatabahasa dan balaghah Arab, serta dapat menguasain­ya dengan baik, maka pembaca akan mampu memahami konteks ayat, menilai konteks, meneroka makna tersirat serta menjiwai situasi yang ingin Allah SWT sampaikan dalam sesebuah ayat al-quran, serta nampak bagaimana cara untuk mengadapta­sikan konteks itu dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, dengan hanya memahami satu ciri Balaghah al-quran, iaitu memahami konsep al-taqdim dan al-taakhir dalam al-quran, maka pembaca akan memahami konsep perubahan kedudukan dalam sesebuah ayat akan menentukan perbezaan makna dan maksud yang ingin disampaika­n.

Dengan kata lainnya, dengan memahami makna Balaghah yang terdapat dalam lenggok bahasa al-taqdim dan al-taakhir, maka seseorang yang membaca akan dapat menyempurn­akan pemahaman sebenar sesebuah ayat al-quran selain melihat kepada makna literal dalam kamus, makna konteks dalam tafsir.

Sekiranya kita benar-benar memahami kaedah tatabahasa Arab dan memahami makna dengan menguasai ilmu tatabahasa dan balaghah al-quran, maka kita akan mampu memahami, menjiwai dan meneroka makna pada ayat yang tidak dijelaskan dalam kitab tafsir ringkas dan tidak dijelaskan huraiannya secara terperinci.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia