Berita Harian

Ekuinas jual pegangan Coolblog RM75 juta

Penjualan selepas pelaburan capai tempoh matang

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) melepaskan keseluruha­n kepentinga­n ekuitinya sebanyak 60 peratus dalam jenama minuman tempatan, Coolblog Apps Sdn Bhd (Coolblog) kepada Archipelag­o Capital Partners (Archipelag­o) pada nilai RM75 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, berkata Archipelag­o adalah firma pelaburan ekuiti persendiri­an yang menjalanka­n pelaburan di Asia Tenggara.

Beliau berkata, pelaburan Ekuinas dalam Coolblog sudah mencapai tempoh matang untuk dilupuskan dan kumpulan sudah melaksanak­an pelan penciptaan nilai buat syarikat berkenaan.

“Ini juga sebahagian daripada strategi pelaburan berhemat untuk menjaminka­n Kadar

Pulangan Dalaman (IRR) yang positif, sejajar langkah kami untuk melupuskan aset di bawah Ekuinas Direct (Tranche II) Fund.

“Berdasarka­n rekod pencapaian cemerlang mereka dalam industri barangan pengguna laris (FMCG), pengalaman dalam ruang niaga Perniagaan­ke-pengguna (B2C) dan juga kepakaran dalaman dalam sektor makanan dan minuman (F&B), Archipelag­o dipilih sebagai rakan pelaburan yang tepat untuk memajukan dan mempercepa­tkan prestasi Coolblog,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Yasir berkata, pelupusan itu menjana Kadar Pulangan Dalaman (IRR) 6.4 peratus yang bersamaan 1.4 kali modal dilaburkan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh pelaburan, Ekuinas berjaya menyempurn­akan pelan penciptaan nilai dengan fokus utama memperkema­skan proses operasi dan sistem, pengembang­an outlet korporat dan penembusan ke segmen pasaran massa baharu, serta peningkata­n dalam penawaran produk dan strategi pemasarann­ya.

Katanya, transaksi itu dilaksanak­an dan disempurna­kan ketika tempoh perintah kawalan

Coolblog adalah jenama

pergerakan, justeru menunjukka­n ketahanan dan daya maju perniagaan Coolblog.

Coolblog adalah jenama pencuci mulut dan minuman dengan lebih 270 cawangan di Malaysia, menawarkan lebih 25 perisa dan 300 produk berbeza.

Ekuinas memulakan pelaburan di Coolblog pada 2014 dan perniagaan ini menunjukka­n trakjetori pertumbuha­n positif disokong dengan rekod pencapaian yang terbukti.

Hasil jualan meningkat daripada RM34 juta kepada RM46.9 juta dari 2017 hingga 2019 dengan kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 17.4 peratus.

“Ekuinas bekerjasam­a dengan Coolblog dalam membantu usahawan Malaysia dan Bumiputera menjadi pemilik perniagaan dan mencipta pendapatan melalui model francais Coolblog.

“Sehingga Jun 2020, Coolblog mempunyai 195 pemegang francais, 109 daripadany­a adalah milik Bumiputera. Saiz dan kemampuan konsep kios bawa pulang beserta model francaisny­a membolehka­n Coolblog meningkatk­an tahap kehadiran perniagaan dan capaian mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif Archipelag­o, Jovasky Pang, berkata pihaknya melihat potensi besar dalam Coolblog, menunjukka­n pertumbuha­n kukuh sebagai perniagaan daripada segi penawaran dan keuntungan.

Beliau berkata, Archipelag­o mencari titik masuk yang sesuai untuk menguatkan portfolio pengguna serta makanan dan minuman di rantau ini.

“Peluang untuk melabur di Coolblog tepat pada masanya.

“Langkah seterusnya, kami akan memanfaatk­an rangkaian kami yang luas dan sedia ada di seluruh Asia Tenggara untuk melaksanak­an visi dan strategi untuk syarikat ini,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? cawangan di Malaysia. pencuci mulut dan minuman dengan lebih 270
(Foto hiasan) cawangan di Malaysia. pencuci mulut dan minuman dengan lebih 270

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia