Berita Harian

Aplikasi e-hailing GOJO catat pertumbuha­n kukuh

-

Aplikasi e-hailing baharu di Malaysia GOJO, mula beroperasi ketika pandemik dan tempoh ekonomi yang sukar, tetapi ia memanfaatk­an situasi dan gelombang yang meningkat terhadap transforma­si digital kepada satu kelebihan.

Memulakan operasi pada 8 Ogos, syarikat permulaan itu terus menyaksika­n pertumbuha­n yang kukuh, menerima kira-kira 1,000 tempahan setiap hari, kata Pengarah dan Ketua Pegawai Operasinya, Pradeep Kumar.

Beliau berkata, GOJO membantu pemandu tempatan yang terjejas oleh pandemik global itu melalui inisiatif teknologi proprietar­i dan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang dirangka untuk melindungi sumber pendapatan mereka.

“Misalnya, GOJO melancarka­n ekosistem Marketplac­e, yang dijana oleh teknologi proprietar­i kami, yang memberi kuasa kepada pemandu untuk memilih tempahan yang dikehendak­i mereka dan sesuai dengan jadual mereka.

“Selain itu, GOJO turut mewujudkan Founder’s Fund, inisiatif perkongsia­n keuntungan selama 12 bulan yang memberikan sebahagian keuntungan kembali kepada pemandu GOJO yang layak,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Pradeep berkata sebagai langkah pencegahan terhadap COVID-19, GOJO menambah teknologi pengecaman wajah kepada aplikasi berkenaan, yang akan mengesan jika pemandunya memakai pelitup muka, untuk memastikan komitmen yang mutlak kepada standard kesihatan dan keselamata­n terhadap semua penumpang.

Beliau juga berkata COVID-19 mempercepa­tkan transforma­si digital dalam semua industri dan syarikat semua saiz perlu memindahka­n perniagaan mereka kepada platform digital.

Mengenai pelan GOJO untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital baharu, Pradeep berkata: “Platform terbuka GOJO mempunyai keupayaan teknologi untuk membantu peniaga tempatan dalam transforma­si digital mereka, membuka saluran jualan baharu.

Kami berharap dapat mengalu-alukan semua peniaga tempatan menyertai platform kami dalam masa terdekat.”

Walaupun ditubuhkan ketika pandemik global, GOJO mencatatka­n pertumbuha­n yang baik. Hanya dua bulan sejak pelancaran­nya, aplikasi itu kini mempunyai 12,000 pemandu aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia