Berita Harian

Syarikat korporat mula laksana bekerja dari rumah

-

Beberapa syarikat korporat mula mengaktifk­an mod bekerja dari rumah (WFH) berikutan peningkata­n mendadak kes COVID-19 di Malaysia sejak kebelakang­an ini.

Antaranya pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd yang mula melaksanak­an WFH sejak awal minggu membabitka­n 50 peratus kakitangan­nya untuk tempoh dua minggu.

Ketua Pegawai Kakitangan UEM Sunrise, Zulfa Ashida Zulkifli, berkata syarikat itu memecahkan operasinya kepada dua iaitu separuh bekerja dari rumah dan separuh lagi bekerja di pejabat.

Katanya, kedua-dua pasukan akan saling bertukar peranan setiap minggu, namun bagi pekerja yang tergolong dalam risiko tinggi seperti ibu yang bakal bersalin dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan dibenarkan untuk WFH sepenuhnya.

“Kami akan melaksanak­an kaedah ini selama dua minggu sehingga 16 Oktober ini dan menyemak semula penyusunan ini jika perlu. Kami sedang memantau dengan rapat sebarang perkembang­an terkini daripada Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Keselamata­n Negara.

“Bagi kakitangan yang perlu bekerja di pejabat, mereka perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sementara itu Ketua Korporat, Komuniti dan Pembabitan Awam PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid, berkata syarikat itu melaksanak­an kaedah WFH sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

“Namun, tidak semua kakitangan boleh WFH kerana ada sebahagian tugasan memerlukan mereka untuk turun ke lapangan seperti PLUSRONDA.

“Tetapi, selepas tugasan mereka selesai, mereka perlu pulang segera ke rumah. Tujuan WFH ini adalah untuk mengurangk­an

Zulfa Ashida Zulkifli

kontak dengan rakan sekerja selain memastikan pejabat tidak terlalu sesak,” katanya.

Sementara itu Gamuda Bhd turut mengesahka­n yang ia telah melaksanak­an dasar WFH di pejabatnya.

“Kami mempunyai dasar WFH dan ia tertakluk kepada Ketua Jabatan untuk melaksanak­annya berdasarka­n kepada situasi pandemik dan beban tugas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia