Berita Harian

20 maut bas, kereta api bertembung di Thailand

Angka korban, cedera dijangka meningkat

-

Bangkok: Kira-kira 20 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas bas pelancong dinaiki mereka bertembung dengan kereta api di wilayah Chachoengs­ao yang terletak 50 kilometer (km) di timur Bangkok, semalam.

Kemalangan berlaku kirakira jam 8 pagi waktu tempatan di lintasan landasan kereta api berhampira­n stesen kereta api Chachoengs­ao.

Berdasarka­n maklumat awal polis daerah, bas yang membawa 60 penumpang itu dalam perjalanan ke sebuah kuil di wilayah Chachoengs­ao, kira-kira dua jam perjalanan dari Bangkok, untuk menghadiri keramaian Buddha, Wan Khao Phansa.

Gabenor Chachoengs­ao, Maitree Traitilana­nsaid, berkata kemalangan berlaku ketika bas sedang melintasi landasan kereta api.

“Siasatan awal mendapati kereta api itu sudah membunyika­n wisel tetapi pemandu bas terbabit terus memandu dan melintasi landasan. Akibatnya, bas itu dirempuh kereta api.

“Sekurang-kurangnya 20 individu terbunuh, manakala 30 lagi cedera akibat kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Gambar di lokasi kejadian yang dirakamkan pasukan penyelamat menunjukka­n serpihan besi bertaburan di merata tempat, manakala mayat bergelimpa­ngan di tepi laluan kereta api bersama pelbagai bagasi penumpang.

Bas itu pula dalam keadaan mengerikan dengan bumbung musnah, manakala kerangka sisinya bengkok, dipercayai kesan impak kuat akibat daripada pertembung­an itu.

Pasukan penyelamat memaklumka­n khidmat kren diperlukan untuk mengangkat bas berkenaan, sementara angka korban dan mereka yang cedera dijangka terus meningkat.

Kemalangan itu adalah insiden yang lazim di Thailand, malah kebanyakan daripadany­a berpunca daripada memandu laju, mabuk dan kelemahan aspek penguatkua­saan, sekali gus menyumbang kepada peningkata­n kematian di jalan raya.

Berdasarka­n laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018, Thailand merekodkan kadar kematian jalan raya kedua tertinggi di dunia.

 ?? (Foto AFP) ?? Sekurang-kurangnya 20 penumpang terbunuh dalam insiden pertembung­an antara sebuah bas dan kereta api di Thailand, semalam.
(Foto AFP) Sekurang-kurangnya 20 penumpang terbunuh dalam insiden pertembung­an antara sebuah bas dan kereta api di Thailand, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia