Berita Harian

Bangkok sedia hadapi demonstras­i besar-besaran

-

Bangkok: Ketika Thailand bersedia untuk menghadapi satu lagi demonstras­i antikeraja­an Rabu ini, ramai menunggu untuk melihat sama ada reformasi monarki turut menjadi agenda demonstras­i itu atau tidak.

Pemerhati berkata, jika reformasi monarki dimasukkan dalam agenda, ia mungkin tidak akan menarik jumlah besar yang diharapkan pada perhimpuna­n yang dipimpin oleh pelajar itu.

Perhimpuna­n itu akan berlangsun­g di Monumen Demokrasi di Ratchadamn­oen Avenue, Bangkok sempena ulang tahun ke-47 pemberonta­kan pimpinan pelajar tahun 1973 yang kemuncakny­a membawa kepada kejatuhan pemerintah­an tentera Jeneral Thanom Kittikacho­rn.

Perhimpuna­n itu akan dipimpin oleh Barisan Bersatu Thammasat dan Demonstras­i (UFTD) dalam kalangan pelajar Universiti Thammasat.

Bangkok Post melaporkan, pemimpin tunjuk perasaan berharap demonstras­i itu akan menarik lebih ramai peserta tetapi agensi keselamata­n meramalkan kehadiran kurang, berbanding perhimpuna­n bulan lalu.

Penganalis­is berkata, ia berikutan ketiadaan penyokong kumpulan baju merah Barisan Bersatu Untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD).

Antara faktor ialah pemimpin tunjuk perasaan gagal mengekalka­n tuntutan asal mereka iaitu pindaan perlembaga­an, pembubaran parlimen dan menghentik­an gangguan terhadap pengkritik kerajaan.

Pemerhati berkata, dengan menambahka­n permintaan untuk reformasi monarki, mereka kini berisiko kehilangan sokongan masyarakat.

Faktor lain ialah parti Pheu Thai kini menjauhkan diri daripada tunjuk perasaan selepas pemimpinny­a, Khunying Potjaman Damapong, yang juga bekas isteri bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, mengambil alih pimpinan parti itu.

Beberapa Ahli Parlimen Pheu Thai juga dikatakan berperanan dalam menggerakk­an penyokong baju merah untuk menyertai dua tunjuk perasaan terakhir.

Bagaimanap­un, peguam hak asasi manusia, Arnon Nampa, yang juga pemimpin bersama Free People Group, berkata parti Pheu Thai yang kini sudah bertukar nama kepada People’s Group mampu menarik lebih ramai orang politik.

Beliau yakin jumlah penunjuk perasaan yang menyertai tunjuk perasaan akan lebih besar daripada sebelumnya berikutan semakin banyak senarai tuntutanny­a. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia