Berita Harian

Korea Utara tayang peluru berpandu baharu

-

Seoul: Korea Utara menayangka­n peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang baharu ketika perarakan tentera sempena ulang tahun penubuhan Parti Pekerja ke-75 di Pyongyang, kelmarin.

Ketika perarakan itu, negara komunis berkenaan turut mempamerka­n peluru berpandu balistik kapal selam (SLBM) jenis baharu yang dilabel Pukguksong-4, menurut laporan agensi berita Yonhap berdasarka­n siaran Korean Central Television.

ICBM baharu itu dibawa di atas pengangkut pelancar bergerak (TEL) dengan 22 roda, menunjukka­n ia lebih panjang daripada Hwasong-15 yang dibawa dengan TEL 18 roda. Pihak berkuasa dan pakar, berkata peluru berpandu lebih panjang dipercayai mampu terbang lebih jauh.

Hwasong-15 yang dijangka mampu terbang sejauh 12,874 kilometer (km), juga dikatakan mempunyai kemampuan menyerang mana-mana bahagian Amerika Syarikat (AS).

Rejim pemerintah Korea Utara

turut memiliki tambahan dua jenis ICBM, Hwasong-13 yang mampu terbang sejauh 5,500 km dan Hwasong-14 dengan anggaran 10,058 km yang berpotensi sampai ke sebahagian besar AS.

Apa yang menarik tumpuan adalah sama ada ICBM baharu milik Korea Utara itu boleh membawa sejumlah kepala peledak atau tidak memandangk­an negara itu berusaha membangunk­an peluru berpandu yang sukar dipintas.

“Lebih banyak analisis diperlukan untuk mengetahui kemampuan sebenar ICBM baharu itu. Ia mungkin penambahba­ikan daripada Hwasong-15 atau Hwasong-16,” kata seorang pegawai Ketua Turus Staf (JCS) Korea Selatan.

SLBM Pukguksong-4 pula dilihat lebih besar daripada model sebelumnya, Pukguksong-3, yang sebelum ini terbabit dalam ujian senjata Korea Utara pada Oktober tahun lalu.

Pukguksong-3 dikategori­kan sebagai peluru berpandu jarak sederhana dan dianggap sebagai penambahba­ikan daripada model Pukguksong-1.

JCS berkata, ketika ujian pada Oktober tahun lalu, peluru berpandu itu terbang sejauh kirakira 450 km pada altitud maksimum kira-kira 910 km.

Model baharu itu pula dijangka boleh dimuatkan dalam kapal selam baharu yang dibina di pangkalan tentera laut Korea Utara di Sinpo.

Kapal selam baharu itu dipercayai seberat 3,000 tan dan berupaya membawa tiga hingga empat SLBM.

Pada perarakan berkenaan, Korea Utara turut mempamerka­n peluru berpandu jarak pendek seperti Iskander milik Russia dan pelancar roket berganda bersaiz besar yang pernah diuji beberapa kali sejak 2019.

Korea Utara mempamerka­n

 ?? (Foto AFP) ?? peluru berpandu ICBM baharu pada perarakan sempena ulang tahun penubuhan Parti Pekerja ke-75, di Pyongyang, kelmarin.
(Foto AFP) peluru berpandu ICBM baharu pada perarakan sempena ulang tahun penubuhan Parti Pekerja ke-75, di Pyongyang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia