Berita Harian

Jangkitan di India lepasi 7 juta

-

New Delhi: Kes jangkitan COVID-19 di India melonjak melepasi tujuh juta, menjadikan­nya semakin hampir untuk mengatasi Amerika Syarikat (AS) sebagai negara paling teruk terkesan akibat COVID-19 di dunia.

Data kementeria­n kesihatan semalam menunjukka­n peningkata­n hampir 75,000 kes jangkitan, menjadikan jumlah keseluruha­n 7.05 juta kes, kedua tertinggi selepas AS yang mencatat 7.67 juta jangkitan.

Pakar mengatakan jumlah sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi dengan kadar ujian yang lebih rendah di negara antara paling padat di dunia, iaitu 1.3 bilion penduduk itu.

Bagaimanap­un, angka kematian 108,334 setakat semalam jauh lebih rendah berbanding AS sebanyak 214,000 kematian dan negara lain dengan jumlah kes yang lebih tinggi.

Faktor yang mempengaru­hi jumlah kematian mungkin kerana populasi India yang ramai orang muda dengan imunisasi yang kuat, namun jangkitan kembali meningkat selepas kerajaan melonggark­an sekatan dilakukan sejak Mac lalu untuk meningkatk­an ekonomi yang hampir lumpuh.

Khamis lalu, panggung wayang dibuka semula dan pakar bimbang dengan musim perayaan yang bakal tiba dan orang ramai berkumpul, akan memburukka­n lagi keadaan.

Namun, kerajaan sudah mengeluark­an garis panduan yang ketat untuk dua perayaan, iaitu Dussehra dan Diwali, manakala Perdana Menteri, Narendra Modi melancarka­n kempen pemakaian pelitup muka dan kebersihan serta penjarakan fizikal.

“Usaha kolektif ini membantu menyelamat­kan banyak nyawa.

“Kita harus meneruskan momentum dan melindungi warga negara kita dari virus,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Bagi Preeti Kumar dari Yayasan Kesihatan Awam India yang berpusat di Delhi, masih terlalu awal untuk menganggap India mencapai puncaknya.

“Apa yang dipelajari ialah kita mesti berhati-hati.

“Penurunan ini adalah nyata, tetapi bergantung pada banyak faktor seperti ujian, jenis ujian, keberkesan­an intervensi dan lain-lain,” katanya. AFP

Orang ramai di pasar awam

 ?? (Foto AFP ?? memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga di New Delhi, semalam.
(Foto AFP memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga di New Delhi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia