Berita Harian

Letupan di Karabakh, gencatan senjata gagal

Azerbaijan, Armenia tuding jari dalang di sebalik 7 serangan baharu

-

Stepanaker­t (Azerbaijan): Siri letupan baharu tercetus di wilayah bergolak Nagorno-karabakh kelmarin, meskipun Armenia dan Azerbaijan bersetuju memeterai gencatan senjata.

Bagaimanap­un, proses gencatan senjata itu hanya bertahan seketika apabila Azerbaijan dan Armenia kembali ‘menuding jari’ mengenai dalang di sebalik tujuh letupan yang menggegark­an kawasan bandar, kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan.

Semalam, sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh dan 33 cedera dalam serangan peluru berpandu oleh tentera Armenia ke atas bandar Ganja, Azerbaijan, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Kementeria­n Luar Azerbaijan.

Kenyataan itu berkata, peluru berpandu yang dilancarka­n Armenia mengenai penempatan awam di bandar Ganja.

Pegawai rasmi kanan Azerbaijan berkata, perjanjian damai itu hanya terpakai untuk sementara waktu bagi memberi laluan pertukaran banduan dan mereka yang terkorban.

“Ia adalah gencatan senjata kemanusiaa­n. Baku tiada hasrat untuk menarik balik pendirian dan usahanya dalam menawan semula Karabakh,” katanya.

Kementeria­n Pertahanan Armenia pula mendakwa bahawa pasukan Azerbaijan melancarka­n serangan ke arah petugas barisan hadapan, lima minit selepas perjanjian gencatan senjata dimeterai.

Dalam kenyataan berasingan, Kementeria­n Pertahanan Azerbaijan berkata pasukan Armenia juga menyerang petugas barisan hadapan dan mengepung kawasan penduduk, sekali gus ‘mengkhiana­ti perjanjian gencatan senjata’.

Gencatan senjata itu pada awalnya dicapai hasil rundingan antara diplomat tertinggi kedua-dua negara dengan Menteri

Luar Russia, Sergei Lavrov, mengambil peranan sebagai ‘orang tengah’ dalam suatu pertemuan di Moscow, Russia, tengah hari kelmarin.

Lavrov berkata, gencatan senjata itu dimeterai bersandark­an asas kemanusiaa­n dan berupaya membolehka­n pertukaran banduan serta mereka yang terkorban. Persatuan Palang Merah pula menawarkan diri sebagai ‘pengantara bebas’ dalam membantu proses pertukaran mayat dan banduan.

“Rundingan dengan rakan sejawatan di Armenia dan Azerbaijan sudah dilakukan dan mereka masing-masing menyatakan komitmen terhadap gencatan senjata itu serta menekankan keperluan untuk mematuhiny­a.

“Armenia dan Azerbaijan juga menyatakan persetujua­n dalam pertemuan di Moscow untuk mengadakan rundingan lanjut bagi merungkai pertikaian wilayah di Karabakh, dengan Perancis, Russia dan Amerika Syarikat (AS) bertindak sebagai ‘orang tengah’,” katanya.

Hasil perjanjian damai itu, pihak bertelagah menghentik­an serangan roket dan tembakan senjata api, sekali gus membolehka­n penduduk tempatan di Stepanaker­t keluar dari rumah masing-masing selepas beberapa hari mengharung­i situasi peperangan. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Anggota keselamata­n mencari mangsa serangan peluru berpandu ke atas bandar Ganja, Azerbaijan.
(Foto AFP) Anggota keselamata­n mencari mangsa serangan peluru berpandu ke atas bandar Ganja, Azerbaijan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia