Berita Harian

Anak Malaysia lakar nama di Hollywood

Alvin Wee mahu menjadi jambatan penggiat seni muzik berbakat ke peringkat antarabang­sa

-

jurutera, penerbit dan sebagainya.

“Jadi, saya mahu menjadi ‘jambatan’ bagi penggiat seni muzik dengan membantu mereka. Ini adalah ‘gol’ saya. Apa yang saya lakukan boleh memberi inspirasi untuk anak seni melakukan perkara sama. Saya mampu melakukann­ya, mengapa anda tidak?

“Pemuzik kita sama bagus seperti penggiat seni di Los Angeles, cuma mereka tidak mendapat peluang untuk pergi lebih jauh,” katanya kepada HIP.

Berkongsi pengalaman awalnya, Alvin memulakan perjalanan dalam bidang susunan muzik di Los Angeles menerusi siri permainan video Jepun, Final Fantasy yang kemudianny­a membuka jalan lebih luas.

Selepas itu, Alvin diberi kepercayaa­n bekerja untuk filem Kingsman 2: The Golden Circle; Kung Fu Panda 3; MEG, The Zookeeper’s Wife; Thirteen Hours: The Soldiers of Benghazi; Eddie the Eagle dan pelbagai filem blockbuste­r lagi.

Malah, Alvin juga pernah menghasilk­an lagu bersama nama popular seperti Hans Zimmer, Pharrell Williams, Roberta Flack, Jay Chou, Jesse Carmichael dari kumpulan Maroon 5, Patrick Stump (Fall Out Boy), Tyson Ritter (American Rejects), Harry Gregson-williams, Brad Wilk (Rage Against the Machines) dan ramai lagi.

Alvin berkata, dia juga seperti anak muda lain yang mulanya menjadikan bidang muzik sebagai minat.

“Saya bermula dengan menyertai banyak kumpulan hip hop di Kuching sebagai pemain gitar. Kemudianny­a, saya menyambung pengajian dalam bidang muzik di Kolej Berklee di Boston. Ini kerana saya percaya perlukan ilmu untuk mendalami bidang muzik.

“Saya dapat bekerja dengan ramai produser muzik yang bagus. Pada akhir tahun pengajian, saya diberi peluang terbabit dalam menghasilk­an lagu bagi siri permainan video Jepun, Final Fantasy.

“Saya berpindah ke Los Angeles untuk mencari pengalaman lebih jauh dalam bidang muzik. Saya berpendapa­t boleh pulang ke Kuala Lumpur dan memulakan kerjaya selepas setahun saya belajar, namun saya diberikan rezeki dan peluang satu demi satu peluang ke kota syurga dunia ini,” katanya.

Mula menetap di Los Angeles pada 2013, Alvin berkata, dia diberikan kepercayaa­n menerbitka­n muzik oleh penggiat seni yang berpengala­man dalam industri muzik.

“Pada tahun pertama, saya mendapat pekerjaan sebagai pembantu penerbit muzik yang juga pemain piano. Beliau menggilap bakat ramai pemuzik, membantu merakamkan album pertama dan menaikkan nama.

“Ketika itulah, saya bertemu dengan penyanyi Hollywood terkenal seperti Bruno Mars, Katy Perry dan Snoop Dog. Saya banyak belajar daripada mereka. Kemudian, saya bekerja dengan penerbit yang lain. Saya meneroka bidang penyusunan muzik untuk filem.

“Saya mula belajar mengenai pembikinan muzik untuk filem dan bekerja untuk filem Kingsman 2, Kung Fu Panda 3 dan banyak lagi. Seterusnya, saya diberi kepercayaa­n menyusun muzik untuk sebuah filem terbitan Pharell Williams yang juga lagu ditulis olehnya. Filem berjudul Dope itu ditayangka­n di Festival Filem Sundance pada 2015,” katanya.

Kongsi Alvin, filem itulah menjadi titik permulaan bagi perjalanan­nya sebagai penerbit muzik di Hollywood.

Tidak hanya berkarya untuk industri Hollywood, Alvin berkata, dia pernah bekerjasam­a dengan beberapa penyanyi tempatan seperti Zee Avi, Yuna, Jaclyn Victor dan ramai lagi.

Antara karya adalah lagu Arena Cahaya, hasil nukilan penyanyi Zee Avi dan komposer Rendra Zawai bagi filem Ola Bola. Tidak hanya filem mencatat kejayaan, lagu itu turut memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah Lagu Tema Terbaik, Golden Horse Film Festival pada 2016.

Terbaru, Alvin turut menerbitka­n lagu Malaysiaku yang dinyanyika­n Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Adira Suhaimi.

Selain itu, Alvin turut bekerjasam­a dalam menghasilk­an lagu Together We Rise bersama komposer Rendra Zawawi dan penyanyi yang juga penulis lirik, Leah Dennis. Lagu berkenaan dinyanyika­n Jaclyn Victor dan Vince Chong sebagai tema bagi acara penutupan Sukan SEA Ke28 yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mahu lebih banyak bekerjasam­a dengan pemuzik tempatan, Alvin turut meluahkan hasratnya untuk bekerjasam­a dengan penyanyi seperti Sassy Don dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sementara itu, berkongsi kehidupan peribadiny­a, Alvin gembira menyatakan baru sahaja mendirikan rumah tangga.

“Saya berkahwin ketika pandemik COVID-19. Isteri, warga Kanada dan pernah ke Malaysia beberapa kali. Kami bertemu ketika belajar dan menjejaki Hollywood bersama-sama. Dia adalah seorang penyunting muzik dan pernah bekerja untuk filem seperti Minions, Angry Birds, siri televisyen dan banyak lagi,” katanya.

Alvin mencipta sejarah

Saya mahu menjadi ‘jambatan’ bagi penggiat seni muzik dengan membantu mereka. Ini adalah ‘gol’ saya. Apa yang saya lakukan boleh memberi inspirasi untuk anak seni melakukan perkara sama. Saya mampu melakukann­ya, mengapa anda tidak?

Alvin Wee, Penerbit muzik

Alvin bersama

 ??  ?? apabila lagu Arena Cahaya memenangi Lagu Tema Terbaik, Golden Horse Film Festival menerusi filem Ola Bola di Taiwan pada 2016. produksi muzik filem Mulan.
apabila lagu Arena Cahaya memenangi Lagu Tema Terbaik, Golden Horse Film Festival menerusi filem Ola Bola di Taiwan pada 2016. produksi muzik filem Mulan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia