Berita Harian

ABPBH batu loncatan kukuh nama

Tembus pencalonan Penyanyi Wanita Popular satu penghormat­an peribadi

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Kesungguha­n penyanyi dan komposer, Aina Abdul, 27, membuktika­n bakat dimiliki kian menunjukka­n petanda positif. Di kala ada yang terlepas pandang bakat besarnya, penyanyi lagu Sumpah itu nekad melakukan perubahan tanpa tekanan sesiapa.

Ini termasukla­h soal penampilan diri dan komunikasi. Berkat kegigihan berdiet, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani sudah mampu tersenyum apabila keberanian­nya mengeluark­an single demi single menjadi penanda aras bekas ‘anak didik’ Ratu Rock, Ella menerusi program Mentor Legend 2014 itu tidak mainmain. Di pentas Anugerah Bintang

Secara jujur, saya masih dalam fasa baru. Kerjaya dan perjalanan baru bermula. Saya akui, single Sumpah membuka laluan dan rezeki yang tidak pernah diduga.

Aina Abdul

Popular BH (ABHBH), penyanyi kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu mula mencuri perhatian. Jika tahun lalu, Aina menembusi calon top 5, Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 32. Tahun ini, nama Aina menaiki satu tingkat. Mendapat sokongan padu kelab peminat, Ainations, Aina dicalonkan menerusi Penyanyi Wanita Popular, ABPBH 33.

“Secara jujur, saya masih dalam fasa baru. Kerjaya dan perjalanan baru bermula. Saya akui, single Sumpah membuka laluan dan rezeki yang tidak pernah diduga. Jika diulang semula momen ABPBH tahun lalu, saya mahu berentap dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular semula.

“Bagaimanap­un, ia sesuatu yang mustahil. Saya baru masih menapak tahun lalu. Sekarang pula dikira masih bertatih, namun saya mengembang­kan jenama nama Aina Abdul dalam fasa seterusnya.

“Namun, bersaing dalam pencalonan awal kategori Penyanyi Wanita Popular tahun ini juga menjadi satu kemanisan dan penghormat­an peribadi. Apatah lagi berada dalam kelompok top 20 dengan penyanyi wanita popular lain,” katanya kepada HIP.

Aina yang melancarka­n dua single, Maybe dan Kelip2 secara serentak pada 27 Ogos lalu berkata, ABPBH mempunyai prestij, selain impak yang cukup besar kepada selebriti.

“Melihat trek rekod penganjura­n ABPBH sejak tiga dekad lalu, ramai bintang terus mekar dek impak kemenangan di anugerah berprestij ini. Contohnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa yang mencipta kegemilang­an hingga hari ini.

“Saya mengkaji semua ini. Mungkin ada yang melihat ABPBH, sebuah program yang klise, tetapi hakikatnya, elemen populariti menjadi batu loncatan untuk mengukuhka­n nama.

“Saya bersyukur dapat mengikut jejak selebriti terdahulu yang mengecapi kejayaan menerusi ABPBH. Saya akui, impak ABPBH sangat besar kerana ia ditonton ramai, malah peminat ternanti malam kemuncak yang menyatukan banyak aspek seperti artis, peminat, fesyen dan undian,” katanya.

Mengulas mengenai kelompok peminatnya, Aina dengan merendah diri berkata, dia tidak mendapat sokong ramai seperti sesetengah penyanyi lain.

“Asas kelompok peminat saya tak ramai dan boleh dikira. Namun, apa yang pasti, akar sokongan tetap kukuh. Dalam kumpulan Whatsapp dikendalik­an kakak saya ada kira-kira 100 ahli

Ainations yang berdaftar.

“Mereka yang berada dalam Whatsapp ini saya sudah kenal lama daripada zaman Mentor hinggalah lagu Semalam. Mereka umpama keluarga kecil yang tanpa jemu menyokong bakat saya,” katanya.

Aina berkata, dia sendiri bersifat terbuka dalam soal sokongan peminat.

“Saya tak kisah sekalipun jika ada Ainations yang menyokong artis lain. Seperti kumpulan Whatsapp ini, ada peraturan yang perlu dipatuhi seperti tak boleh berkongsi soal bisnes, tetapi jika nak sokong artis lain bukan halangan.

“Pernah ada pergaduhan dalam kelompok peminat apabila timbul konflik menyokong artis sana sini. Tak seronok pula apabila situasi ini wujud. Biarlah sokongan dan persaingan terjalin secara sihat, profesiona­l dan positif.

“Boleh sokong sesiapa sahaja yang disukai. Dalam Ainations sendiri ada yang meminati dan menyokong Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Misha Omar dan sebagainya. Saya sendiri meminati artis lain, jadi sentiasa memahami situasi jika ada peminat sendiri menyokong artis berbeza,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Aina teruja berkongsi perkembang­an projek seninya membabitka­n kerjasama dengan penyanyi lain.

Selepas tampil sebagai penampilan istimewa menerusi single Tunggu Kamu bersama Lah Ahmad, Aina berkata, dia akan muncul dengan duet pertama bersama penyanyi lelaki popular tanah air.

Bagaimanap­un, nama penyanyi lelaki berkenaan masih dirahsiaka­n terlebih dahulu sebagai kejutan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia