Berita Harian

K-clique calon Anugerah Muzik Eropah MTV 2020

-

Penangan dan pengaruh kumpulan hip hop popular, K-clique cukup hebat, biarpun masih hijau dalam arena seni tanah air.

Baru saja memasuki tahun kedua, kumpulan yang dianggotai Somean, Noki, MK, Kdeaf, Gnello, Fareedpf dan Nastynas, kini bagaikan bermimpi saat tersangkut dalam pencalonan dalam dua anugerah berprestij.

K-clique dipilih dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik, Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang akan berlangsun­g di Sweden pada 8 November ini. Seterusnya, kumpulan berkenaan berada dalam pencalonan top 20 dalam Anugerah Bintang Popular BH edisi 33 (ABHBH 33) menerusi kategori Artis Kolaborasi/duo/ Berkumpula­n Popular.

Anggota K-clique, Tuju atau Azree Zamree berkata, mereka terkesima apabila menembusi dua pencalonan anugerah berprestij berkenaan.

Menerusi MTV EMA 2020, Kclique berentap dengan penyanyi hebat seperti Agnez Mo dari Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).

“Sudah tentu, keinginan K-clique memahat nama di peringkat antarabang­sa.

“Setakat ini, K-clique masih menunggu kata putus daripada pihak penganjur sama ada terbang ke Sweden atau hanya menerusi dalam talian. Dengan situasi semasa pandemik COVID-19, kami akur ada banyak batasan dalam pelbagai sudut,” katanya kepada HIP.

Tuju berkata, K-clique juga terkejut saat menerima berita menembusi pencalonan dalam ABPBH 33.

“Kami memanjat kesyukuran kerana kali pertama berada dalam pencalonan awal ABPBH 33. Insya-allah, semestinya pencalonan ini menjadi penyuntik semangat untuk K-clique terus berkarya dengan lebih cemerlang.

“Video muzik single kami berjudul Pulang pun baru dilancarka­n dan menjadi trending dalam laman Youtube. Moga perjalanan K-clique terus didatangi tuah dan kecemerlan­gan,” katanya.

Mengulas mengenai kelompok peminat yang dilihat cukup kuat, Tuju hanya mampu tersenyum bangga.

Bagaimanap­un, Tuju memaklumka­n K-clique masih belum mempunyai kelab peminat rasmi.

“Setakat ini, ada beberapa peminat yang utuh menyokong apa yang kami lakukan. Contohnya, 302 Famz, K-clique Fam dan saya sendiri ada disokong Tuju Gangz.

“Ikutkan memang banyak peminat yang menyokong kami. Namun, aliran dan visi mereka tetap sama,” katanya

Sebelum ini, penyanyi rap, Joe Flizzow mencipta sejarah menjadi penyanyi pertama dari Malaysia memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsun­g Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia