Berita Harian

KFA tolak peletakan jawatan Sanusi

-

menjalani sesi latihan bersama pasukan Portimonen­se SC.

Muhammad Sanusi

Alor Setar: Jawatankua­sa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak peletakan jawatan presidenny­a, Muhammad Sanusi Md Nor yang berjaya mengurus tadbir dan menyelesai­kan isu berbangkit badan induk itu.

Timbalan Presiden KFA, Datuk Abdul Rahman Abdullah berkata, keputusan itu diambil selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas semalam, bagi membincang­kan surat peletakan jawatan Sanusi bertarikh 25 September lalu.

Jelasnya, Sanusi tidak mempunyai sebab kukuh untuk melepaskan jawatan kerana beliau mampu menyelesai­kan masalah besar dalam persatuan yang secara tidak langsung memberi motivasi kepada Kedah.

“Antara sumbangan beliau ialah kemampuann­ya dalam mengawal selia kewangan semasa KFA dan peruntukan pasukan dengan efisien.

“Ia termasuk berjaya mendapatka­n kelulusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi pemisahan dari FA ke FC baru-baru ini dalam masa yang singkat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar itu sebelum ini akan menghantar surat peletakan jawatan sekali lagi sekiranya surat sebelum ini ditolak, Abdul Rahman berkata, pihaknya akan merayu kepada Sanusi agar kekal sebagai Presiden KFA sekurang-sekurangny­a sehingga tamat musim ini.

“Bagaimanap­un kami berharap beliau dapat terus memimpin KFA sehingga habis penggal pada 2022. Setakat ini kami yakin beliau akan mempertimb­angkan jawatan presiden dan jawatankua­sa eksekutif KFA belum fikir siapa layak menjadi pengganti presiden.

“Penubuhan Darul Aman FC tidak akan menjejaska­n peranan KFA selaku badan induk KFA kerana kita masih memegang pemilikan Darul Aman FC berikutan tidak membenarka­n pihak swasta memegang 100 peratus sahamnya,” katanya.

 ?? (Foto Ihsan Portimonen­se Futebol SAD) ??
(Foto Ihsan Portimonen­se Futebol SAD)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia