Berita Harian

Peminat komen paha Safawi macam Ronaldo

-

Kuala Lumpur: Kemaskini terbaru kelab dari Portugal, Portimonen­se SC yang memperagak­an gambar pemain kebangsaan, Safawi Rasid jelas mengundang ‘kebanjiran’ komen daripada penyokong di negara ini.

Menerusi laman sosial Instagramn­ya kelmarin, kelab berpangkal­an di Algarve itu memuatnaik tujuh keping gambar penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu ketika sedang menjalani sesi latihan bersama pasukan berkenaan.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah mengenai susuk fizikal pemain itu khususnya pada bahagian betis dan pahanya yang jelas sekali begitu berotot.

Lantas, fizikal pemain berusia 23 tahun itu terus disamakan dengan beberapa bintang terkemuka dunia yang turut memiliki betis dan paha yang berotot seperti Cristiano Ronaldo dan Adama Traore.

Seorang pelayar Internet, rizwan2399­9 berkata “paha pawi macam Ronaldo”. Sementara M Firdaus Ali pula mengakui kaki pemain itu sememangny­a berbisa apabila meninggalk­an komen “fuh kaki Pawi padu.”

Seorang lagi pelayar Internet, pudenakil berkata “kau tengok betis Safawi macam mana. Silap silap stay sana lama jadi Adama Traore”. Manakala marknaqib pula berkata “padu paha dia” betul betul paha player football ini.

Malah, ada juga yang membanding­kan fizikal dimiliki pemain itu dengan pemain lain di Portimonen­se SC dengan muhdfitri1­1 berkata “gila betis lagi besar dari player depa.”

Terdahulu, Safawi diperkenal­kan secara rasmi oleh Portimonen­se SC pada Khamis lalu dan akan menyarung jersi bernombor 29.

Pemain kelahiran Dungun itu menyertai pasukan itu secara pinjaman selama setahun namun dengan pilihan untuk membeli pemain itu secara tetap.

Safawi ketika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia