Berita Harian

Prestasi Kelly makin merosot

-

New York: Pemain Korea Selatan, Kim Sei-young yang memburu kejuaraan major pertama merekodkan tiga bawah par 67 untuk mengukuhka­n kedudukan sebagai pendahulu dengan tambahan kelebihan dua pukulan selepas berakhir pusingan ketiga Kejuaraan PGA Wanita, semalam.

Bintang berusia 27 tahun dari Seoul itu secara keseluruha­n mencatat tujuh bawah par 203 selepas 54 lubang di Aronimink dekat Newtown Square, Pennsylvan­ia.

Sei-young membenam enam birdie tetapi turut terkesan apabila melakukan tiga bogey sekali gus terlepas untuk meraih penamat lebih baik.

Pemain Sweden, Anna Nordqvist dan wakil Kanada, Brooke Henderson berkongsi kedudukan kedua dengan catatan keseluruha­n lima bawah par 205.

“Di lubang ke-10 saya melakukan bogey tetapi berjaya bangkit semula dan sangat gembira dapat menamatkan pusingan ketiga dengan keputusan yang baik. Bogey pada lubang ke-18 juga mengecewak­an.

“Saya agak gementar tetapi teruja untuk turun beraksi pada hari terakhir. Saya hanya mahu melakukan setiap pukulan dengan baik, terus kekal fokus dan keputusan yang baik pasti hadir selepas itu,” kata Sei-young.

Sementara itu, pemain negara, Kelly Tan menamatkan saingan hari ketiga dengan catatan dua atas par 72 untuk catatan keseluruha­n par 210.

Keputusan itu menyaksika­n dia berkongsi kedudukan ke-11 bersama empat pemain lain.

Kelly hanya dapat membenam dua birdie dan melakukan empat bogey.

Prestasi Kelly merosot selepas beraksi cemerlang pada pusingan pertama apabila berkongsi kedudukan pendahulu sebelum berkongsi kedudukan keenam selepas berakhir pusingan kedua. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia