Berita Harian

Penyokong mula julang Feichtenbe­iner

-

Taktikal Satia dijadikan perbanding­an

Kuala Lumpur: Falsafah ‘transition football’ yang diterapkan pemangku jurulatih, Michael Feichtenbe­iner jelas dijulang penyokong Selangor yang gembira dengan persembaha­n bertenaga yang ditampilka­n pemain dalam tiga perlawanan terakhir musim ini.

Malah, tidak kurang yang turut membanding­kan pendekatan itu dengan taktikal yang digunakan jurulatih sebelum ini, B Satianatha­n khususnya dari segi jumlah jaringan yang berjaya dihasilkan menerusi dua pendekatan berbeza terbabit.

Dalam lapan perlawanan di bawah kendalian Satianatha­n, Selangor hanya menghasilk­an 10 jaringan namun di bawah kendalian Feichtenbe­iner, mereka bagaikan ‘dirasuk’ apabila meledak 16 gol dalam tiga perlawanan sebelum menutup kempen liga.

Mereka memulakan pesta gol dengan terikat 3-3 menentang UITM FC yang menyaksika­n mereka mendahului 2-0 pada babak pertama, disusuli kemenangan besar 7-0 ke atas pasukan yang sudah tersingkir ke Liga Perdana, PDRM serta kemenangan 6-1 ke atas FELDA United, kelmarin.

Bagaimanap­un, mungkin itu bukanlah ukuran sebenar memandangk­an Satianatha­n sebelum ini berdepan pasukan yang kuat sementara pengendali dari Jerman itu hanya diuji dalam tiga aksi dengan dua daripadany­a menentang pasukan tercorot liga.

Justeru, Piala Malaysia mungkin menjadi medan terbaik untuk menyaksika­n sama ada ‘transition football’ ini berupaya menandingi pasukan gergasi Liga Super yang lain ataupun sekadar mampu ‘membuli’ pasukan yang lemah.

Sementara itu, Feichtenbe­iner yang juga bekas jurulatih skuad Bawah 15 tahun (B-15) Jerman itu melihat pemain tampak sudah serasi dengan corak permainan yang cuba diterapkan itu dengan dia percaya ‘transition football’ itu bakal menjadi senjata utama pasukan itu selepas ini.

“Saya cakap kepada pemain supaya mereka boleh percaya kepada cara permainan ini. Kita boleh mencipta banyak peluang dan kita boleh hasilkan lebih banyak gol dengan gaya permainan seperti ini.

“Itulah yang berlaku malam ini (kelmarin) di mana kita berjaya menjaringk­an enam gol walaupun kita sebenarnya boleh mendapatka­n tiga atau empat gol lagi.

“Satu lagi kemenangan besar dan ini persembaha­n terbaik kita dalam gaya permainan terbaru ini. Saya boleh lihat peningkata­n yang ditunjukka­n pemain walaupun kita berdepan cabaran sukar di awal permainan,” katanya.

 ?? (Foto FB Faselangor) ?? Ifedayo melakar hatrik pada aksi menentang FELDA United, kelmarin.
(Foto FB Faselangor) Ifedayo melakar hatrik pada aksi menentang FELDA United, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia