Berita Harian

Pemain UKM FC terpaksa ‘kayuh’ e-hailing

-

Kuala Lumpur: Meskipun berstatus profesiona­l, ada pemain dan pegawai UKM FC terpaksa ‘beralih arah’ buat seketika apabila membuat kerja sambilan seperti menyediaka­n perkhidmat­an e-hailing dan melakukan perniagaan kecil-kecilan.

Itu liku-liku yang perlu ditempuh pemain dan pegawai skuad Liga Perdana itu selepas mereka bergelut dengan tunggakan gaji hampir empat bulan dan lebih memburukka­n keadaan, kali terakhir mereka menerima gaji Mei dan Jun lalu.

Bagaimanap­un, apa yang menyedihka­n itupun hanyalah sebulan setengah.

Sumber mendedahka­n pekerjaan sampingan itu menjadi ‘talian hayat’ buat mereka bagi meneruskan kesinambun­gan hidup sambil menyifatka­n tunggakan gaji kali ini sebagai 'mimpi ngeri' selepas tiada kepastian sama ada pengurusan mampu melunaskan ataupun tidak.

“Ini tunggakan terburuk di mana sampai hampir empat bulan pemain dan pegawai tidak menerima gaji. Sudahlah gaji dipotong 10 hingga ke 15 peratus kerana COVID-19 namun selepas latihan bersambung kembali, gaji tidak dibayar dan pengurusan hanya membuat janji kosong.

“Pengurusan sekadar mengatakan mereka tidak mempunyai dana tetapi mereka mahu pemain memberikan aksi bersungguh sungguh dan menyasarka­n layak ke Piala Malaysia. Bagaimana mereka hendak fokus jika kalau kebajikan tidak dijaga?

“Rata-rata mereka pun bukannya bergaji besar, sekitar RM8,000 dan ke bawah. Ada yang sudah berkahwin dan walaupun ada menerima duit daripada institut pengajian tinggi, mereka terpaksa juga mencari pendapatan sampingan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Justeru, sumber itu mengharapk­an pengurusan dapat mencari jalan terbaik dan berusaha menunaikan tanggungja­wab mereka apatah lagi saingan UKM FC pada musim ini sudah berakhir selepas gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia.

“Walaupun tidak dibayar gaji, pemain dan pegawai tetap memberi komitmen ketika sesi latihan dan juga di atas padang. Namun sampai bila mereka boleh bertahan dengan isu tunggakan gaji ini? Ada yang berat hati sehingga tiada ‘mood’ untuk turun ke sesi latihan.

“Malah, beberapa minggu sebelum ini pun, ada pemain yang berdepan kesukaran untuk menghadiri sesi latihan dan situasi ini merencatka­n perkembang­an dan menjejaska­n prestasi pasukan,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatka­n pengesahan daripada jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin tidak berhasil apabila dia gagal dihubungi.

 ??  ?? Kelly Tan
Kelly Tan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia