Berita Harian

Jerman akhiri badi seri

Anak buah Loew atasi cabaran Ukraine

-

Kiev: Jerman merekodkan kemenangan pertama dalam saingan peringkat kumpulan Liga Negara-negara UEFA selepas menewaskan Ukraine 2-1, semalam.

Kemenangan itu mengakhiri badi seri yang dialami skuad bimbingan Joachim Loew dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Pada aksi itu, tonggak pertahanan, Matthias Ginter meletakkan Die Mannschaft di depan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-20 sebelum Leon Goretzka meledak gol kedua minit ke-49.

Ukraine yang cuba bangkit berjaya meraih satu gol menerusi jaringan Ruslan Malinovsky­i yang menyempurn­akan sepakan penalti pada minit ke-79.

Loew berpuas hati dengan kemenangan yang dilakar anak buahnya itu tetapi menegaskan mereka sepatutnya menang dengan jumlah gol lebih besar.

“Kami jarang memberi ruang kepada Ukraine untuk mencipta peluang bagi menjaringk­an gol. Namun, pada suatu ketika, kami hilang bola dengan mudah,” katanya.

Selepas seri dalam dua perlawanan pembukaan menentang Sepanyol dan Switzerlan­d sebelum terikat 3-3 dengan Turki pada aksi persahabat­an Khamis lalu, kemenangan itu menyaksika­n Jerman berada di kedudukan kedua kumpulan di belakang skuad La Roja.

Bagaimanap­un, Jerman dijangka berdepan cabaran lebih sukar apabila turun menentang Switzerlan­d di Cologne, awal pagi Rabu berdasarka­n aksi menentang Ukraine yang menyaksika­n mereka gagal memanfaatk­an beberapa peluang bagi menjaringk­an gol.

“Ia penting untuk kami mencatat kemenangan tetapi kami gagal memanfaatk­an peluang untuk menjadikan keputusan 3-0. Ia bukanlah aksi terbaik daripada kami,” kata Ginter.

 ?? (EPA) ?? Pertahanan Jerman, Antonio Rudiger beraksi pada saingan Liga Negara-negara UEFA menentang Ukraine, semalam. Jerman menang 2-1.
(EPA) Pertahanan Jerman, Antonio Rudiger beraksi pada saingan Liga Negara-negara UEFA menentang Ukraine, semalam. Jerman menang 2-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia