Berita Harian

Negara perlu transforma­si ekonomi

-

Kuala Lumpur: Malaysia memerlukan transforma­si ekonomi dengan segera ketika berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19 ketika ini bagi melonjakka­n taraf hidup dan kesejahter­aan rakyat.

Penyelidik Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI), Hawati Abdul Hamid, berkata melalui laporan terbaharu bertajuk Welfare in Malaysia Across Three Decades, transforma­si ekonomi itu perlu dicapai dengan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam industri dan aktiviti yang mempunyai nilai tambah tinggi.

“Untuk mencapai kemakmuran bersama, dasar kerajaan perlu juga fokus mengurangk­an jurang pendapatan gaji antara dan dalam industri, seiring dengan langkah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya pada taklimat media KRI secara maya, semalam.

Katanya, laporan KRI itu juga menunjukka­n kemiskinan mutlak merekodkan penurunan, tetapi masih ramai berada dalam kategori mudah terjejas.

Beliau berkata, pada 2019, kadar kemiskinan mutlak adalah 5.6 peratus (405,000 isi rumah), menunjukka­n pada tempoh tiga dekad, sebahagian besar isi rumah sudah keluar daripada belenggu kemiskinan dan menikmati hidup melebihi keperluan asas.

Namun, katanya, kemiskinan relatif masih tinggi pada kadar 16.9 peratus (1.2 juta isi rumah).

Katanya, ini bermakna 11.3 peratus (835,000 isi rumah) mempunyai pendapatan hanya tinggi sedikit berbanding pendapatan garis kemiskinan mutlak.

“Masih ramai berada jauh daripada taraf hidup purata masyarakat. Isi rumah ini sangat mudah untuk jatuh kembali dalam kategori miskin mutlak sekira berlaku malapetaka seperti sakit atau hilang pekerjaan.

“Usaha memperkasa­kan ekonomi golongan ini harus digiatkan bagi meningkat jumlah pendapatan mereka. Peruntukan kebajikan kerajaan juga perlu ditingkatk­an dan sistem perlindung­an sosial perlu diperluask­an bagi membantu lebih ramai isi rumah rentan,” katanya.

Hawati berkata, seiring peningkata­n pendapatan, perbelanja­an isi rumah meningkat kerana kenaikan harga dan perubahan gaya hidup dengan perbelanja­an seperti makan di luar, barangan dan perkhidmat­an komunikasi semakin bertambah.

Katanya, perbelanja­an yang dulu dianggap sampingan kini menjadi keperluan dan kadangkala memberi tekanan kepada peningkata­n kos sara hidup.

Malah, tegasnya pendapatan antara kumpulan isi rumah juta adalah sangat berbeza.

“Selepas ditolak semua perbelanja­an penggunaan, purata lebihan kasar pendapatan isi rumah 10 peratus teratas (T10) adalah RM12,653 sebulan pada 2019.

“Sebaliknya, isi rumah 10 peratus terbawah hanya mempunyai purata lebihan kasar sebanyak RM200 sebulan. Namun, jumlah lebihan kasar itu belum mengambil kira pembayaran wajib seperti bayaran skim keselamata­n sosial, cukai, zakat dan pindaan tunai antara isi rumah.

“Jika perbelanja­an itu diambil kira, baki bersih pendapatan lebih rendah dengan sebilangan isi rumah mengalami defisit kewangan bulanan,” katanya.

 ??  ?? Hawati Abdul Hamid
Hawati Abdul Hamid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia