Berita Harian

Saksi dijangka selesai beri keterangan tempoh sebulan

-

Kuala Lumpur: Saksi pendakwaan dalam perbicaraa­n kes pecah amanah ASS$12.1 juta (RM50.4 juta) membabitka­n bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, dijangka selesai memberi keterangan dalam tempoh sebulan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal memaklumka­n perkara itu ketika Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh perbicaraa­n baharu semalam.

Ditanya Ahmad Shahrir mengenai masa diperlukan pihak pendakwaan untuk memanggil baki saksi bagi memberi keterangan, Muhamad Asyraf berkata, termasuk 11 saksi yang akan memberi keterangan secara tertutup, pihaknya menjangkak­an masa diperlukan dalam tempoh sebulan”.

Setakat ini, pihak pendakwaan sudah memanggil empat saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraa­n yang bermula 6 Oktober lalu.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumka­n akan memanggil 37 saksi termasuk 11 saksi yang akan memberi keterangan secara tertutup itu.

Ahmad Shahrir menetapkan 5 hingga 16 April, 3 hingga 7 Mei dan 24 hingga 28 Mei untuk menyambung perbicaraa­n.

Terdahulu, Muhamad Asyraf memohon tarikh perbicaraa­n ditetapkan semalam hingga Khamis ini dilapangka­n kerana Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad yang tinggal di Klang tidak dapat hadir berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sekiranya perbicaraa­n berlangsun­g tanpa kehadiran beliau, ia akan menjejaska­n pasukan pendakwaan memandangk­an beliau ketua pasukan pendakwaan dan segala arahan datang daripada beliau. Beliau juga mempunyai saksinya sendiri,” katanya.

Muhamad Asyraf berkata, mengambil kira juga perintah PKPB yang akan turut diperluask­an di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, ia akan memberi kesan kepada saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

“Pihak pendakwaan memohon jika mahkamah dapat melapangka­n tarikh bicara ditetapkan sebelum ini dan menetapkan tarikh baharu,” katanya.

Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Hasanah tidak membantah permohonan itu.

Ahmad Shahrir berkata, mahkamah bertanggun­g jawab bagi memastikan PKPB dipatuhi dan membenarka­n penangguha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia