Berita Harian

Flex sasar sedia 3,500 peluang pekerjaan baharu

-

Penyedia penyelesai­an pembuatan dan teknologi, Flex Ltd (Flex) menyasarka­n untuk menggaji 3,500 pekerja tempatan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Flex ketika ini adalah antara majikan terbesar di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 18,000 pekerja di 12 cawanganny­a di Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata ia akan memperluas­kan tenaga kerjanya dengan mengambil lebih ramai jurutera, juruteknik, pemeriksa kawalan kualiti, pentadbir program dan pengendali pengeluara­n dalam masa terdekat.

“Ketika negara sedang berusaha untuk mengekalka­n momentum pemulihan ekonominya, kami mahu turut serta dalam usaha itu menerusi penawaran pekerjaan. Banyak produk yang dihasilkan Flex adalah penting dan pandemik COVID-19 menguji kecekapan syarikat bagi meningkatk­an kemampuann­ya.

“Ia menempatka­n Flex dalam kedudukan yang baik untuk mewujudkan pekerjaan bagi rakyat Malaysia,” kata Naib Presiden Operasi Flex, Viswanatha­n Paramasiva­m.

Flex menggaji lebih daripada 9,000 pekerja untuk pelbagai jawatan dalam tempoh sembilan bulan pertama pada 2020.

Daripada jumlah itu, lebih daripada 6,000 orang diambil bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika kemeleseta­n ekonomi yang menyebabka­n pemberhent­ian kerja dan kadar penganggur­an negara meningkat kepada 5.3 peratus tahun ke tahun pada Mei 2020.

Syarikat itu juga antara majikan terbesar yang mempunyai pekerja orang kelainan upaya (OKU) di negara ini dengan lebih daripada 130 OKU bekerja di cawanganny­a di Johor dan Pulau Pinang.

“Flex menyasarka­n untuk menggandak­an jumlah pekerja OKU dalam masa terdekat,” kata Viswanatha­n.

Flex yang menjalanka­n operasinya di 30 negara, menyediaka­n inovasi teknologi, rantaian bekalan dan penyelesai­an pembuatan kepada pelbagai industri dan pasaran akhir.

Sejak ditubuhkan di Malaysia pada 1990, Flex melabur RM4.6 bilion dalam operasinya dan bekerjasam­a dengan jenama global dalam penjagaan kesihatan, perindustr­ian, gaya hidup dan peranti pengguna, komunikasi, perusahaan dan pengkomput­eran awan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia